Connect with us

Viral

Isteri Meninggal Dunia Lepas Bersalin, Suami Menangis Rangkul Bayi Sebelah Jasad Buat Netizen Sebak

Kehilangan orang yang telah pun pergi buat selama-lamanya adalah satu kenyataan yang amat sukar untuk ditelan. Apatah lagi untuk menahan perasaan rindu yang tidak ada penghujungnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki dari Indonesia telah kehilangan isteri tercinta dua hari selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka mencuri perhatian ramai.

Lelaki yang dikenali sebagai Fadly Fachrezy ini juga mengambil gambar di sebelah jasad isteri tercinta, Megawaty Saiful sambil merangkul erat bayi yang baru lahir.

Menerusi perkongsian lain, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung.

Dia turut meluahkan rasa rindu terhadap isterinya di laman Instagram malah berjanji akan menjaga ‘amanah’ yang diberi dengan sebaik mungkin.

“I love you, Ibu. Kamu wanita sempurna buat ayah. Terima kasih kiriman hadiahnya, ayah akan jaga dan besarkan seperti yang ibu minta.”

“Ibu, InsyaAllah ayah ikhlas atas ujian ini. Tapi jujur hati ayah masih hancur dan tidak percaya ibu pergi secepat ini, tugas ibu telah selesai. InsyaAllah ayah akan menjadi sosok seorang ayah sekaligus ibu buat anak kita ‘Aqeela Putry Megawaty Konggoasa’. Selamat jalan ibu.”

Video yang tular :

@ikawatyrafika Balas @lalakdv ♬ Cinta Dalam Hati – UNGU

@ikawatyrafika Balas @jeon.jungkook976 ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

@ikawatyrafika Balas @a.u.n25 ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu & Rheno Poetiray, Feby Rastanti

@ikawatyrafika Balas @almaaaalunaaa fyp #makassartiktokers #sulawesitenggara #viral #sedihbanget #bupatikonaweutara #sulawasitenggara❤️ #viraltiktok #sulawasiselatan #makassartiktokers ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan perkongsian tersebut malah mendoakan agar lelaki ini terus kuat dan tabah menjalani hari-hari mendatang.

Bukan itu sahaja, para netizen juga menzahirkan ucapan takziah buat lelaki ini sekeluarga dan berharap agar lelaki ini dapat menjaga amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

Berikut merupakan komen warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.