Connect with us

#SimpanDuit

Isteri Rajin Kutip Syiling Dalam Kocek Suami, Dapat Simpan Sampai Beratus Ringgit

Cuba bayangkan tengah-tengah anda membasuh kain dalam mesin basuh tiba-tiba terjumpa duit. Bukan seringgit dua, tapi lebih! Golongan isteri terutamanya mesti akan jadi lebih rajin dan bersemangat untuk cuci kain lepas ni.

Walaupun beberapa keping duit syiling ditemui di dalam kocek seluar, kalau dikumpul hari-hari, jumlahnya mampu mencecah sehingga ratusan ringgit.

Begitulah tabiat yang diamalkan oleh seorang isteri yang sering menyeluk kocek seluar suaminya sebelum memasukkan ke dalam mesin basuh.

Mungkin niat sebenar wanita tersebut hanyalah ingin memeriksa jika ada benda yang tidak diingini tersangkut dalam kocek seluar suaminya seperti tisu ataupun kertas agar tidak merosakkan basuhan di dalam mesin. Namun sebaliknya pula yang terjadi.

Siapa sangka nasib si isteri itu langkah kanan apabila selalu sahaja menemukan kepingan duit syiling di dalam kocek seluar suaminya. Syiling tersebut dikumpul dan disimpannya di dalam balang yang berlainan mengikut nilai duit syiling.

Melihat sebuah lagi video yang dikongsi isteri tersebut, dia menyimpan kesemua duit syiling yang dijumpainya di dalam lebih daripada lima buah balang! Dilihat kesemunya sudah penuh.

Sejak video tersebut dikongsi, jumlah tontonannya mencecah sehingga hampir sejuta kali serta memperoleh 38.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@moon_almandar Asil kutipan di poket seluar Hb 🥰#fyp #viral #xyzbca ♬ original sound – A Z W A

Menerusi video yang dikongsi oleh Moon, dia bercadang untuk menukarkan semua kepingan duit syiling di mesin selfservice setelah melihat balang-balang yang diisi duit syiling semakin penuh. Tak disangka-sangka, jumlah duit syiling yang dikumpulnya mencecah sehingga hampir RM700!

Selain itu, Moon juga berkongsi tip tentang cara-cara penukaran duit syiling di bank dan juga meningatkan orang ramai agar mengasingkan nilai duit syiling terlebih dahulu sebelum menukarkannya ke mesin agar memudahkan lagi pergerakan mesin.

@moon_almandar Reply to @auradelight yes i asingkan masa nak letak dlm mesin kena slo2 takut nanti mesin akan jem🥰#fyp#viral#xyzbca ♬ Always Loving You (Breakbeat) – DJ Lunox

@moon_almandar Reply to @moyamiey kena dwld apps MAE sblm nak tukar yea#fyp#viral#xyzbca ♬ original sound – Moon Almandar 🎀

Di ruangan komen, ramai warganet teruja melihat hasil tabungan syiling Moon. Malah ada juga yang menanyakan cara-cara penukaran duit syiling kerana berminat melihat kegigihan Moon menukarkan duit syilingnya di bank.

Antara komen-komen yang diberikan warganet di TikTok

“Best simpan duit syiling ni. Dlu aku suka simpan syiling dgn duit kertas rm1😅. Setahun blh dpt lbih seribu😂”

“patutlah syiling habis rupanya ada dekat dia”


“CM saya suka simpan syiling”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.