Connect with us

Viral

Isteri Sakit Nak Bersalin, Gelagat Lelaki Ini Ajak Isteri Main Teka Teki Buat Netizen Terhibur

Pengorbanan besar ibu adalah saat dia menaruh nyawanya demi melahirkan anaknya, walaupun sakit itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun kehadiran cahaya mata nyata membahagiakan hati seorang yang bergelar ibu. Malah, ianya dianggap pelengkap kebahagiaan dalam rumah tangga.

Tidak dinafikan, proses bersalin bukanlah satu perkara yang mudah namun lain pula ceritany dengan kisah yang tular kali ini dimana suami kepada wanita ini sempat mencuba untuk membuat isterinya terhibur saat sakit menahan ‘contraction’.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hairihussain, kelihatan seorang isteri sedang terbaring di atas katil sambil menahan sakit contraction.

Daapat juga kitadengar suara isterinya sedang mengerang kesakitan namun tidak disangka-sangka suaminya mengajak isterinya itu untuk bermain teka teki bagi menenangkan wanita ini.

“Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak” tanya lelaki ini kepada isterinya sebelum kedua-dua mereka tergelak kecil.

“diamlah!” jawab isterinya yang masih menahan sakit.

Apa yang lebih terhibur adalah jawapan kepada teka teki tersebut yang langsung tidak masuk dek akal.

“jawapannya nasi goreng pattaya” ujar suaminya kerana nasi tersebut mempunyai ‘pat taya’ yang bermaksud ’empat tayar’.

Lebih melucukan adalah si isteri seolah-olah tidak melayan karenah suami malah masih menahan sakit dan membiarkan suami menjawab sendiri teka tei tersebut.

“Semoga dipermudahkan urusan bersalin isteriku. Semoga Allah selamatkan awk dan anak kita ” kata lelaki ini menerusi ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@hairihussain Semoga dipermudahkan urusan bersalin isteriku. Semoga Allah selamatkan awk dan anak kita ❤️ #fy #fyp #fypシ #labourandbirth ♬ original sound – Hairi Hussain

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.3M tontonan, 383.9K tanda suka, 7207 komen dan 11.9K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka suami isteri yang sempat bermain teka teki sewaktu isteri sedang menarung nyawa buat cahaya mata mereka.

Berikut merupkan komen warga maya:

“orang tengan sakit dia boleh teka teki pulak”

“mana nak tahan sakit, mana nak pikir jawapan lagi”

“Anak keluar pastu anak cakap bising lah ayah”


“bini diam sekejap tu tengah fikir jawapan”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.