Connect with us

Selebriti

Isteri Tajul Hampir Bentan Gara-gara Ikut Petua Netizen Minum Air Sengkuang Cina

Isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan selepas dia mencuba petua daripada salah seorang pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @icaaeddie

BACA: Hubungan 11 Tahun Putus, Bekas Teman Wanita Dakwa Syazuwan Hassan Curanng Dengan Wafariena?

Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini ada bertanyakan wargamaya di laman Instagram peribadinya tentang cara mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.

Ica mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya lalu dia memilih satu petua untuk dicuba.

Petua tersebut adalah minum air sengkuang cina. Ica tanpa berfikir panjang terus meminta Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut.

Ica berkata pada mulanya dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam.

Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.

“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.

Ica berkata bahawa keadaan itu membuatkan suaminya takut lalu Tajul segera mencari jalan penyelesaian di mana dia ada terjumpa satu lagi petua bagi melegakan sakit isterinya.

Petua tersebut adalah membakar bawang putih dan memasukkannya dia dalam kepalan nasi kemudian dimakan.

Ica mengaku rasanya memang tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.

Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik.

Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik  yang lain.

Menerusi tangkap layar ‘direct message‘ yang dikongsikan oleh Ica di Instagram story, ramai juga rupanya yang mengalami situasi mencemaskan ini.

Mereka turut berkongsikan pengalaman mereka apabila mencuba petua ini.

Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya  tidak sesuai untuk dirinya.


Tambah Ica, tujuan dia berkongsikan cerita ini adalah sebagai satu bentuk kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana yang sama-sama ingin menimba ilmu.

Haa ingat tau kalau nak mencuba sesuatu petua lebih baik jika kita periksa dahulu dan buat sedikit kajian.

Selain itu, ambil kira juga penerimaan orang yang berbeza. Apa pun kita doakan Ica dan baby sama-sama sihat.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.