Connect with us

Viral

Isteri Terpaksa Operate 2 Kali Lagi Lepas Operate Czer, Suami Terus Nak Pitam

Setiap pasangan pastinya teruja menanti detik kelahiran cahaya mata mereka namun apa yang lebih penting adalah keselamatan ibu dan anak menjadi keutamaan ketika proses kelahiran.

Kaedah bersalin secara semulajadi ataupun caeser bukanlah ukuran kepada tahap kesakitan yang dialami oleh ibu.

Pengalaman paling pahit yang takkan pernah saya lupa

Apa yang paling penting adalah kesihatan ibu selepas proses kelahiran dan tiada komplikasi yang timbul selepas itu.

Seperti kisah seorang wanita yang bernama Cik Izah yang berkongsi di laman Facebook mengenai pengalamannya berdepan dengan komplikasi selepas kelahiran.

Saya leaking air ketuban dan dibawa ke hospital

Assalamualaikum, di sini saya ingin cerita kehidupan saya dan pengalaman paling pahit takkan pernah saya lupa.

Pada 3/1/2021, saya leaking air ketuban dan dibawa ke hospital untuk checkup. Pada 9 malam, check jalan masih tebal servic.

Saya dirumah macam-macam senaman saya buat dan di hospital pada malam itu saya masih bersenam, berjalan kehulur dan kehilir.

Doktor induce ubat

“Pada 4/1/2021, pagi macam biasa di bawa ke bilik untuk check check , dia pecahkan servik buka jalan ( bapak sakit ) then doc induce ubat, tak sakit langsung”.

“Lepas tu saya jalan-jalan, squad itik bagai, masuk ubat kedua, check jalan dia pecahkan lagi, jadi 2cm, saya sakit kesan buka jalan je , contraction sikit ptg tu”.

Jangkitan kuman dah lebih 48 jam air ketuban leaking

“Selepas itu saya sakit sgt tido, maghrib saya bangun mandi dan siap senaman berjlan spnjang mlam. tak sakit apa”.

“Pukul 10 malam dia panggil check jalan masih 2cm tapi di sebabkan jangkitan kuman dah lebih 48jam leaking ketuban, saya di masukkan labroom pada 11 malam”.

“Diorang induce DRIP pulak, okay yang ni sakit gila2. Checkk jalan entah bape kali check dan dia pecahkan jadi 3cm dan pukul 7 pagi tetal 3cm. 8 jam saya dalam Labroom sejuk terketar”.

8.19 pagi keluarlah baby boy seberat 3.37kg

“Pada 5/1/2021, akhirnya keputusan czer dan pukul 8.19 pagi keluar lah seketul baby boy berat 3.37kilo”.

“Selesai czer, saya sempat susu kan dia sikit jedan dia bawak nicu, jangkitan kuman air ketuban dan on antibiotik kat sana. Saya boleh rehat sekejap selepas 6 jam boleh start makan minum”.

Saya dah boleh bangun dan ke tandas sendiri

“Pada 6/1/2021, saya dah boleh bangun dan boleh pergi ke tandas sendiri. Saya naik weelchair tengok anak tgh nangis”.

“Saya menyusukan dia, tengahari, (akak sebelah tu dia ckap anak sape lah ni kesian menangis je smlman, rupa nya anak saya)”. 

Tiba-tiba saya sakit dada nak pitam

“Petang saya pergi melawat anak dan tiba-tiba  saya sakit sangat2 dada ni nak pitam nak pecah kepala then saya balik wad”.

“Akak sebelah anak saya, dia menyusukan anak saya, alhamdulillah jadi ibu susuan sebab dia kesiaan sgt katanya”.

Pukul 5 pagi saya meraung menangis sakit

“Balik wad, saya mkan kejap , lepas mkan saya baring. Tiba-tiba dada ulu hati saya jadi sgt2 sakit, menekan2 mcm nak pecah”.

“Panggil nurse misi dorang bagi panadol , saya bertahan dengan ubat tu sahaja , kul 5 pagi saya meraung2 menangis”.


Saya tercungap bernafas

“Saya sakit nafas teecunggap ( doc cakp entah lah saya nak buat apa lagi dengan awak dan saya tetap sakit dan kul 6 pagi dtg nurse lain”.

“Dorang tanya awaksakit dekat mane, saya cakp dekat dada, ulu hati, tak boleh nafas, then dorang check itu ini dan dtg doc pakar”.

“Saya nangis2 meraung kesakitan, dorang decide xtray. Dah xtray result nye usus sekliling perut menbengkak, saya sakit tak tau nak ckap, dorang ckap saya gastrik, bagi ubat gastrik masih sama bagi ubat mcm2 ubat”.

Sakit Ya Allah Ya Rabbi

“Pada 7/1/2021, lepas tu pergi xtray CT abdomen , saya request untuk pergi denga n katil sbb tak boleh bangun”.

“Pergi xtray tuhan yang tahu betapa sakit nak bernafas , tercunggap berapa kali nak sampai kaf sane , tak bagi oxigen , saya sampai pegaang semua tangan baju nurse , mmg 50/50 saya rasa , pergi xtray saya tal boleh telentng, sakit ya Allah ya rabbi”.

Dada nak pecahhhh, dorang suh lagi saya bthan tarik nafas. Semua senang je ckap nya.
Lepas ct xtray saya mmg tak boleh tahan , mengucap je mampu , hanya Allah Allah Allah sahaja perkataan mampu keluar”.

Doktor datang dan beritahu ada darah beku di perut

“Doc dtg scan kat perut katanya ade darah beku dan decide kene buka balik operation buat kali kedua”.

“Masuk bilik ot, 7 malam – 10 malam slesai operation dan alhamdulillah berjaya. Sebab di bius satu badan , sedar saangat sakit tempat operation tu”.

“Terus tekan ubat dia kasi tu, dpt kurang kan sakit syukur kehadrah ilahi tapi masih berpuasa tau”.

Saya dah boleh bangun perlahan-lahan

“Pada 11/2021, saya dah boleh bangun slow2, paling seksa nak pump susu sbb masih sakit tapi susu sgt sgt2 meriah, boleh dpt 5oz 4oz sekali pump”.

“Walaupun sakit saya pump mcm biasa mmg meriah sgt, memandangkan tak larat kan… saya tak mampu sebnarnya kene pump juga”

Anak dah boleh keluar dan saya boleh uruskan baby macam biasa

“Saya diberikakan kekuatan untu bangun urus anak. Sbb anak dh boleh dicharge, so saya boleh urus dia mcm biasa menyusu”.

“Semua boleh buat sakit2 saya kuat bila ada anak depan mata, saya dpt tido ngan anak semalaman dan layan dia”

“Tiba-tiba saya sakit sama seperti 6hb, perut asyik memulas2 mencucuk2 pedih sgt, dada nak pecah”

Doktor pakar terangkan masih sama ada komplikasi

“Jumpa doc pakar, masih sama terangkan komplikasi selepas lakukkan operation mmg akan terjadi”.

“Saya hanya mampu menangis tanpa keluar suara kerana sakit dan saya bertahan dengan ubat tahan sakit tapi paling sakit kali ini”.

“Saya hanya duduk dan sambil allah allah saja yang mampu kerana sakit tak tahan lagi. Anak saya dibwa pulang ke rumah pada pukul 7 mlm dan pada malam tu sya susah nak tido sakit terlampau dan hanya oxigen teman kan saya”.

“Pada 12/12/2012, saya dia bawa untuk scan dan di panggil untuk dia bawa ke wad icu then dorang beri ubat saya tenang untuk di bawa pulak xtray”.

Keterangannya masih sama ada darah beku dan nanah di bahagian usu, hati, rahim sebelah kiri dan operation kali ketiga”.

Suami terus nak pitam dan kami menangis

“Suami terus rasa nak pitam dan kami menangis kerana saya sakit dan hanya tuhan sahaja tahu”.

“Saya di takdirkann operation kali ketiga melintang dari perut ke dadan dan sekali lagi bius satu badan”.

“Gelap dunia sekejap dan hanya Allah tempat bergantung. 9 hari saya puasa dan hilang segala deria rasa dan selera. Saya kena kuat dmi keluarga, suami dan anak”.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan semangat buat wanita ini.

Mereka juga turut berdoa supaya wanita ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.