Connect with us

Keluarga

Isteri Wajib Tahu 5 Tanda Besar Suami Anda Mungkin Curang di Belakang Anda

Dalam hidup berumah tangga pastinya akan ada turun naik. Orang kata kalau bergaduh itu dah menjadi perkara biasa.

Kadang-kadang sampai berhari-hari tak bertegur kerana ego masing-masing yang tinggi.

Walaubagaimanapun itu sudah menjadi lumrah, lama-lama pasti akan ada yang mengalah.

Cuma biasanya perkara macam ini boleh membawa kepada kecurangan terutamanya para suami.

Jika suami kerap sangat menunjukkan tanda-tanda yang agak pelik, si isteri sepatutnya harus waspada dan berjaga-jaga.

Mari kita lihat apakah tanda-tanda suami curang yang para isteri perlu tahu.

1. Selalu marah apabila isteri tanya berada di mana

Ini antara perkara paling biasa terjadi tetapi isteri tidak perasan. Iyalah, bila isteri tunggu suami masih tak pulang dari tempat kerja, dan apabila ditanya biasanya tidak dijawab.

Malah, suami siap memarahi isteri kerana mengganggunya.

Contohnya apabila isteri bertanya, “Abang kat ofis lagi ke? Balik pukul berapa?”.

Biasanya suami akan cuba mengelak dan menjawab acuh tak acuh, “Saya tengah on the way lagi, jalan jem teruk, kejap lagi nak jumpa kawan tengok bola dulu baru balik”.

Jawapan nampak biasa dan meyakinkan bukan?

Isteri harus lebih proaktif dan bertanyakan pada kawan-kawan adakah benar mereka keluar bersama ataupun tidak.

2. Sikap berubah ketara

Ini salah satu perkara biasa yang terjadi. Para suami yang curang biasanya akan berubah sikap mereka 360 darjah!

Mereka mula mnejadi pendiam dan ‘malas’ nak bersembang dengan isteri. Lebih selesa menatap handphone dari melihat wajah isteri sendiri.

Jaga-jaga, naluri isteri pasti dapat mengesannya.

3. Menjadi berperwatakan kemas & berpenampilan menarik

Perubahan fizikal seperti ini paling mudah untuk isteri kesan. Kalau dulu pergi kerja pun tak pernah kisah warna baju.

Kini setiap inci kedut akan diperiksa, muka sentiasa bercukur dan selalu membeli pakaian baru untuk keluar.

Padahal bila keluar dengan isteri pakai pakaian sama saja setiap kali.

Hati-hati jika ini berlaku biasanya sudah ada hubungan fizikal antara suami curang dan pasangannya.

4. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Suami selalu ke tandas dengan handset. Alasannya mahu melayari internet sambil membuang.

Couple Having Argument At Home

Isteri harus hati-hati, mungkin si dia menyorokkan sesuatu dan membalas mesej ketika berada di dalam tandas.

5. Password telefon bimbit tanpa pengetahuan isteri

Sepatutnya pasangan suami isteri sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia yang perlu disimpan.

Apabila suami meletakkan ‘password’ pada ‘handphone’, dengan alasan takut anak ‘delete’ mesej penting adalah karut semata-mata.

Pasti ada sesuatu yang disembunyikannya!

Kesimpulannya, semoga isteri semua berhati-hati dengan perubahan suami dan sama-sama kita berdoa agar dapat melayari rumahtangga yang harmoni dan bahagia.

Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.