Connect with us

Viral

Isu Biarkan Anak ‘Buat Hal’ Di Panggung Wayang, Wanita Ini Tampil ‘Sekolahkan’ Ibu Bapa Buat Ramai Setuju

Ramai diantara kita yang sememangnya gemar untuk ke panggung wayang. ‘Vibe’ nya mungkin membuatkan penonton lebih puas berbanding menonton di kaca TV rumah.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, screennya yang besar, tempat duduk yang selesa dan berpenghawa dingin, sound sistem yang jelas malah boleh juga makan di dalam panggung wayang.

Pun begitu, ada juga individu yang akui kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak yang boleh mengganggu tumpuan dalam pawagam.

Terbaharu, seorang individu membangkitkan isu tersebut menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga hangat menjadi perdebatan netizen.

“Aku bayar tiket cinema bukan semata-mata nak dengar anak kau menjerit melalak dari mula sampai habis. Aku dan penonton lain toleh kau kat belakang dengan harapan kau faham, bawa anak tu keluar kejap, tenangkan dia.”

“Tapi kau buat tak tahu. Kadang budak kecil ni memang begitu agresif. Kau kena bawalah dia keluar. Kita bukan tak faham kat budak tu, tapi tak faham kat mak ayah dia,” luah wanita itu.


Menurut pengadu, dia juga pernah melalui fasa sama, namun memilih untuk tidar hadir ke tempat awam sekiranya anak sedang meragam.

“Kalau rasa tak boleh handle anak, jangan bawa. Aku pun pernah ada anak kecil yang buat perangai, solusinya apa? Aku tak pergi tengok wayang.”

“Food court pun aku tak pergi. Sebab aku tahu anak aku menangis menjerit berjam-jam, ambil waktu nak tenangkan. Nanti orang pun stres.”

“Anak-anak dah besar, sekolah rendah, dah faham arahan, kurang lasak, baru aku berani bawa tempat ramai orang,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita ini dan menganggap kanak-kanak yang masih kecil tidak sesuai untuk dibawa ke pawagam.

“Memang banyak mak bapa bodoh macam ni. Orang nak tengok wayang dia pun kalut nak tengok. Anak meragam bawa la keluar bagi tenang. Alasan budak tak tahu apa-apa, yang mak bapa bodoh tak reti buat apa?”

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka menonton filem di pawagam.

“Baru kena malam tadi, ambil midnight movie pukul 11.45. Dari mula sampai habis Avatar selama tiga jam lebih tu anak dia tiga orang bantai bercakap, gelak, tendang kerusi. Kita pusing pandang, dia buat tak heran (peduli) ya. Yang mak bapa keras kat kerusi tak tegur anak tu.”

Antara komen warga maya:

“Kalau ada anak kecik bawa la gi wayang yang mesra budak2.. bukan wayang biasa”

“Kalau diorang menjerit buat bising tolong bawa keluar.. ini bukan family friendly hall..”


“Ada sorang budak tendang tendang belakang kerusi aku duduk.. aku pusing belakang cakap boleh duduk diam2 tak.. mak dia diam tak cakap apa..”

“Ramai parents macam ni.. entah laa.. aku memang takkan bawa anak kecik kat tempat yang boleh mengganggu ketenteraman orang awam..”


Tekan sini untuk lihat perkongsian tersebut.

Continue Reading
Advertisement