Connect with us

Viral

Isu Dakwaan ‘Tiru Design’, Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Vivy Yusof?

Nampaknya isu hangat mengenai corak rekaan terbaru duck Scarves masih hangat diperkatakan.

Sebelum ini, usahawan terkenal Vivy Yusof didakwa telah menciplak idea photoshoot tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.

Ekoran dari itu, isu tersebut telah menjadi bualan ramai netizen selepas beberapa isu sebelum ini juga menjadi perbualan netizen.

Ini bukan kali pertama

Selain itu juga, ada pihak yang turut mendakwa itu bukan pertama kali perkara itu terjadi.

Malah, perkara itu mendapat perhatian model sensasi Alicia Amin yang ternyata tidak gembira dengan kontroversi tersebut.

 

Solidariti buat Sleepyllama

Menerusi perkongsian di Insta Story menyeru model-model yang lain untuk memboikot serta tidak menerima sebarang tawaran daripada Vivy Yusof serta jenama usahawan tersebut sebagai tanda solidariti buat Sleepyllama.

Menurut Alicia lagi, perkara seperti itu bukan lagi tak sengaja kerana ianya sudah berulang kali terjadi.

Selain itu, Alicia turut berkata Vivy mendakwa dia mengambil berat tentang jenama kecil tapi itu tidak menghalang untuk mengambil idea yang sama.

Disamping itu, Alicia juga mendakwa Vivy juga turut main harga murah untuk sebarang photoshoot dengan alasan tiada bajet

Pada masa yang sama juga, Alicia berkata ada banyak cara untuk melakukan photoshoot berkaitan ‘Art Studio’ dan hanya boleh Google sahaja.


Beliau turut membandingkan kedua photoshoot yang dilihat hampir sama dari segi tema dan pengcahayaan

Penjelasan dari Vivy Yusof

Sementara itu, sebelum ini Vivy menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli.

Semoga segala salah faham yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan diharap semua pihak mencapai kata sepakat.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.