Connect with us

Selebriti

Isu Saman Ali Puteh Terhadap Isteri Abam Bocey, Ini Respon Nor Hidayah

Pelawak dan pengacara, Ali Puteh yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Abam Bocey mengakui mengeluarkan saman kepada bekas kakak ipar iaitu Nor Hidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

Difahamkan, Ali Puteh bertindak demikian adalah kerana ingin membersihkan namanya.

Tindakan balas

Menurutnya, keputusan itu diambil sebagai tindakan balas ke atas saman yang dikeluarkan Nor Hidayah terlebih dahulu.

Ali sebagai plantif keempat mengeluarkan saman tersebut bersama ibunya, Sabariah Arshad (plantif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plantif kedua) dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.”

Tanggung akibat

Ali juga memberitahu selepas video rakaman kakak ipar bersama jutawan kosmetik viral di laman sosial, mereka sekeluarga menanggung akibat.

Ibunya paling terkesan apabila mereka menjadi bahan hinaan masyarakat.

Menjawab dakwaan plantif, Hidayah mengaku membawa tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama arwah suaminya.

Selain itu, dia turut membawa empat utas jam tangan dan mengeluarkan RM10,000 daripada akaun milik arwah dan mendakwa telah memasukkan wang ke dalam akaun anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plantif.

Respon Hidayah

Terbaru, balu kepada arwah Abam menerusi laporan Astro Gempak memberi respon terhadap tindakan yang diambil Ali Puteh itu.

Nor Hidayah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang diambil Ali Puteh. Malah, dia mempercayai kebenaran akan terbongkar juga suatu hari nanti.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.”

Tambah Nor Hidayah lagi, apa yang dilakukannya adalah demi anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum, alhamdulillah instagram ni dapat semula setelah di hack beberapa minggu lepas. 😢 terima kasih kepada yang sudi membantu untuk dapatkan instagram ni semula. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin ❤️ Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ni sekelip mata arwah pergi tinggalkan kami 😭 Terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali. Abang, sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan Hanya Sekeping Gambar Nikah Yang Menjadi Pengubat Rindu Sayang Dan Hamzah 🙂 Hanya Allah yang tau perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang disana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..Kenangan sampai ke syurga Al-fatihah (di baca) suamiku Syed Umar Mokhtar 🌹❤️ #kitabaikramaisayang #abamdalamkenangan #syeduthmanhamzahaljuffrey #syedumarmokhtar #jangansebokhalorang #allahada #doayangbaikbaik

A post shared by 🇲🇾Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on

Hidayah mengakui membawa tabung berisi wang kertas yang didakwa hasil tabungan bersama arwah.

Dia juga membawa empat utas jam tangan milik arwah dan mengeluarkan RM10,000 daripada akaun untuk dimasukkan ke dalam akaun anaknya kerana bimbang direbut plantif.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak.”

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib anak Allahyarham Abam yang terpaksa menghadapi krisis keluarga sejak kecil lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.