Connect with us

Viral

“It’s Hawwam!” Belajar Bahasa Inggeris Dengan Ayah, Jawapan Anak Kecil Ini Pula Buat Ramai ‘Geram’!

Anak-anak merupakan salah satu anugerah yang terindah. Semasa dalam proses mereka bertutur, telatah mereka mempelajari sesuatu bahasa itu sangat menyeronokkan bagi ibu bapa.

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan telatah lucu mereka yang mampu mencuri perhatian ramai.

Sama seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang sedang belajar bertutur menggunakan bahasa Inggeris bersama bapanya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @irnadarini yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu, telah dipaparkan si bapa sedang mengajar jenis-jenis haiwan yang boleh dipegang dan sebaliknya dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Kanak-kanak itu sangat responsif dan sentiasa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Akan tetapi apa yang membuatkan ramai warganet geli hati melihat gelagatnya itu adalah apabila si bapa bertanyakan soalan kepadanya.

“Mengapa kita tidak boleh sentuh anjing dan khinzir? Ianya disebabkan..” soal si bapa sambil menunggu jawapan daripada anak perempuannya itu.

Dengan yakinnya, dia menjawab ‘Geram!’ kemudian barulah dia sedar dan memperbetulkan katanya kepada ‘Haram’.

Ish ‘geram’ tu kami semua ni kat awak tau!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 4.1M tontonan, 574.7K tanda suka dan 6319 komen dari laman platform sosial tersebut.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat telatah si kecil ini dengan aksinya yang lucu dan comel itu. Dalam pada itu, ramai warganet turut berpendapat bahawa mereka berasa geram mendengar ‘slang’ bahasa Inggerisnya itu yang bunyinya seakan seperti Mat Saleh berbicara.

Antara komen netizen:

“Dia punya confident tuuu GERAMMMMMMM hahahahaha “its harammmm””

“hahahaha aunty yg gerammm tgk awak🤣🤣🤣 comelnyaa lah😍😍😍”


“ya allah.. cute sgt la ngn sleng bi dia tu….. nk lagiiiiiiiiiiii🥰🥰🥰🥰”

“ishhhh yg gerrrammm tu tngk u la adik…so cute🥰🥰 moga jd ank yg solehah cerdik pandai dunia akhirat aamiin🥰🥰🥰”

Video TikTok yang tular:

@irnadarini Geram tu when we bite you! 😂 #fyp #fypシ #foryoupage #toddlertok #2yearold #eveheidi ♬ original sound – Irna Darini

Continue Reading
Advertisement