Connect with us

Viral

“Itu Sahajalah Anak Saya” Dua Beradik Maut Dilanggar Lori, Bapa Sebak Lihat Jenazah Anak Buat Hati Netizen Luluh

Kematian terhadap insan yang bernyawa itu pasti dan tidak dinafikan, kehilangan insan tercinta apatah lagi ahli keluarga adalah satu takdir a=yang amat sukar untuk ditelan.

Tatkala orang lain sedang bergembira membeli belah bersama keluarga tercinta bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun seorang ayah ini telahpun kehilangan dua orang anak mereka sekaligus ekoran digilis lori sewaktu membeli makanan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @faz737, kelihatan ayah kepada mangsa kemalangan Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11, tidak dapat menahan sebak apabila berada dihadapan jenazah kedua anaknya malah dia juga ditenangkan oleh jemaah yang hadir.

Apa yang lebih menyayat hati adalah, lelaki tersebut dikatakan hanya memiliki dua orang anak itu sahaja namun siapalah kita untuk menentang ketentuan.

Memetik laporan Harian Metro, Dua beradik tersebut maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, jam 8.54 malam tadi.

“Siasatan awal dilakukan mendapati motosikal dinaiki dua mangsa iaitu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dipercayai hilang kawalan.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa itu kemudian jatuh, sebelum dilanggar sebuah lori yang melalui jalan berkenaan, di arah sama.

“Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam sebuah kenyataan

Pemandu lori berkenaan yang berusia 35 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video yang tular di laman TikTok:

@faz737 Al-Fatihah..arwah 2org adik beradik kemalangan semalam..moga keluarga tabah dgn dugaan ini.. #alfatihah#fyp#anaksurga ♬ original sound – themenung™ ☕ – theⓂ️enung™ ☕

@faz737 moga syurga buatmu..Alfatihah..#alfatihah #fyp#2beradik ♬ bunyi asal – Mohd Fadhli

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak mendengar perkabaran tersebut malah tidak mampu melihat si ayah yang bagaikan hilang kata melihat jenazah anak didepan mata.

Antara komen warga maya:

“Allah abil semula hak-Nya.. uji kedua ibu ayah.. moga tenang roh mu duhai anak..”

“ujian yang maha hebat untuk kedua ibu bapanya..”

“tak sempat berhari raya.. moga orang tua di beri kekuatan dan kesabaran menerima dugaan ini..”


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.