Connect with us

Selebriti

Izara Tanya Cara Tegur Adik-Beradik Belum Tutup Aurat, Jawapan Neelofa Buat Peminat Kagum

Saling mengenali antara satu sama lain lebih kurang 15 tahun sejak terpilih sebagai finalis Pencarian Dewi Remaja 2009, Izara Aishah dan Neelofa kini dilihat manis menutup aurat apabila sudah berhijrah.

Pemakaian niqab oleh Neelofa serta Izara yang turut mula memakai hijab pada tahun lepas menjadi perhatian ramai dan dipuji netizen kerana kelihatan lebih sopan.

Baru-baru ini, Izara dan Neelofa tampil bersiaran langsung di IG Live sambil saling menjawab beberapa persoalan yang diajukan.

Menerusi video Live di Instagram yang dimuat naik semula oleh Ainun Umirah di TikTok, memaparkan kedua-dua selebriti tersebut membuat sesi perkongsian yang menarik perhatian netizen.

Antara soalan yang menjadi perhatian adalah apabila Izara bertanya kepada Neelofa tentang cara untuk menegur ahli keluarga yang masih belum menutup aurat sepenuhnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@ainun.umirah Semoga kita semua dapat menutup aurat dengan sempurna 🤲🏻 #izaraaishah #neelofa #fyp #ainunumirah #foryou #HadaLaboRayaGlow ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Macam mana Kak Lofa nak bagi nasihat kepada orang tentang aurat. Macam mana kalau saya adik awak yang belum tutup aurat lagi kan macam mana awak nasihatkan.” – Izara bertanya.

Menjawab soalan yang diajukan, Neelofa mengakui dirinya masih lagi banyak kekurangan dan bukanlah sempurna. Namun, menurut selebriti itu, dalam isu aurat, kita tidak boleh berkompromi kerana ia adalah suruhan daripada Allah S.W.T yang perlu kita ikut.

“Walaupun mungkin akhlak seseorang itu tidak berapa elok, tak apa yang penting kita laksanakan dulu kewajipan memakai tudung seperti yang diperintahkan dalam Al-Quran. Sikap dan akhlak kita boleh perbaiki perlahan-lahan.” – jelas Neelofa.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 466.7K tontonan, 49K tanda suka, 216 komen dan 528 perkongsian di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengakui turut bersetuju dengan jawapan Neelofa berkenaan isu sensitif berkaitan ahli keluarga.

Susulan itu, mereka juga memuji penampilan Izara serta Neelofa yang banyak berubah lebih-lebih lagi setelah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata berbanding ketika dahulu.

Antara komen para-para netizen:


 

Sumber: TikTok @ainun.umirah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.