Sehingga kini, seorang pelakon senior Datuk Jalaluddin Hassan atau nama sebenarnya Jalaluddin Tan Sri Haji Hassan ini masih bergiat aktif dalam bidang lakonananya malah dia merupakan aktres paling laris sepanjang zaman. Bukan itu sahaja, beliau juga cukup popular dengan iklan beras ‘Jasmin Super 5’.
Namun siapa sangka walaupun sudah mencecah umur 68 tahun, Datuk Jalaludin masih dianggap ‘relevan’ dan menjadi pilihan ramai pihak untuk dijadikan sebagai produk dan perkhidmatan.
Antara duta produk serta perkhidmatan jenama tempatan dan antarabangsa yang diwakili olehnya adalah seperti beras Jasmine, mesin urut Gintell, agendi kewangan serta CSA Academy, jenama perabot mewah.
Memetik sumber, pelakon ini mengatakan pendapatannya bergelar seorang duta lebih lumayan dan tinggi berbanding kerjayanya sebagai pelakon.
“Jujurnya, pendapatan sebagai duta produk dan perkhidmatan jauh lebih lumayan kalau nak bandingkan dengan kerja-kerja bidang lakonan..” katanya.
Menurutnya lagi, dia masih hairan namanya masih lagi dipetik untuk tawaran duta jenama besar di Malaysia. Pun begitu, Datuk Jalaludin menyifatkan mungkin ia sebuah rezeki daripada Allah.
“Sebenarnya saya sendiri tak tahu kenapa masih menjadi pilihan jenama-jenama besar untuk mewakili perniagaan mereka. Mungkin saya ni jenis lebih kurang, dan tak pernah fikirkan soal bayaran. Barangkali Allah balas dengan cara sebegini..” ujarnya.
Selain daripada itu, pelakon hebat ini turut berkongsi namanya pernah digugurkan sebagai duta di sebuah syarikat selepas sekian lama bekerjasama selama beberapa tahun.
“Tahun lalu, khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi untuk satu produk ini. Sudah berbelas tahun saya dengan mereka, tetapi disebabkan perubahan pengurusan syarikat, nama saya digugurkan tapi tahun ini, mereka hubungi saya semula dan tawarkan kontrak selama tiga tahun. Alasannya, pelanggan mereka mencari produk yang ada wajah saya padanya..” tambahnya lagi.
Dalam pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa teruja apabila terlibat menyampaikan hadiah kepada pemenang yang juga peminatnya apabila dilantik sebagai Home Direct Shopping sebagai duta Best Produk sejak 2015.
“Sejak tujuh tahun yang lalu, saya terlibat menyampaikan sendiri hadiah termasuk hadiah utama bernilai sehingga RM300,000.Saya sendiri berasa seronok apabila pemenang merupakan peminat saya dan cukup terharu dengan kejayaan mereka..” luahnya.