Connect with us

Viral

Jadikan Haiwan Eksotik Sebagai Fesyen, Gadis Kongsi Cerita Ulat Beluncas Di Kepala Pernah Disangka Earpod!

Sebenarnya jarang kita nampak golongan perempuan yang mahu membela haiwan eksotik seperti ulat, katak, iguana dan sebagainya. Alasannya biasa, kerana geli.

Iospital phone repair gombakIospital phone repair gombak

Namun, tak semua perempuan begitu. Ada yang terlalu minat dengan haiwan berjenis sedemikian sehingga rumah mereka kelihatan seperti mini zoo! Sangat meriah dengan kehadiran haiwan eksotik.

Seperti yang tular baru-baru ini di TikTok di mana seorang gadis telah mencuri tumpuan ramai dengan membiarkan seekor ulat beluncas berjalan di sisi kepalanya!

“Cantik tak pin tudung baharu saya?” selorohnya.

Gadis berkenaan, Syazlin Hafisya Mohammad Hasni berkata, kisah ulat beluncas bermula apabila keluarganya menanam pokok-pokok bunga di hadapan rumah di Kulim, Kedah.

Jelas Syazlin, suatu hari dia berasa pelik apabila daun-daun pada pokok bunganya seperti digunting seseorang.

“Saya tengok ada kesan gunting. Tapi rupa-rupanya kesan gigitan ulat beluncas, mulanya tak nampak sebab apabila ulat tu menetas dari telur, ia sebesar butir beras.

“Selepas seminggu, barulah saiznya makin besar dan lebih banyak. Sekali kutip boleh cecah 30 ekor ulat beluncas. Kalau tak kutip, habis rosak pokok bunga.

“Saya jadikannya makanan kepada haiwan eksotik yang dibela iaitu Bearded Dragon, Sailfin Dragon dan Chameleon,” katanya.

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu keluarganya memperoleh lesen untuk memelihara haiwan eksotik dan permit bagi mengadakan pameran bergerak daripada Jabatan Perhilitan.

Antara haiwan eksotik yang dibela keluarganya adalah iguana, ular sawa, musang, ferret dan skunk (spesis musang), sugar glider (spesis tupai) serta kura-kura sulcata tortoise.

Berkenaan fesyen ‘pin tudung’ ulat, Syazlin berkata ia dilakukan sekadar suka-suka untuk menarik perhatian para pengunjung ketika melakukan pameran bergerak dan mini zoo.

“Bila kutip banyak ulat beluncas ni nampak comel, badannya lembut. Ini menyebabkan saya suka bermain dengan ulat-ulat ini.

“Kiranya trend terbaharu pin tudung. Saya pernah letak ulat-ulat ini di tudung semasa berada di luar, terutama buat event dan mini zoo, paling lama di tudung selama 40 minit,” katanya.

Tambah anak tunggal ini lagi, dia pernah ditegur oleh seorang pengunjung sewaktu mengadakan zoo mini dalam satu majlis.

“Dia tanya kat mana saya beli aksesori earpod sebab nampak cantik dan lain daripada yang lain. Saya kata itu bukan earpod, tapi ulat beluncas.

“Kelakar sebab asalnya saya nak acah-acah jadikan ulat beluncas ni sebagai pin tudung, tapi ada yang sangka earpod pula. Saya pun tak terfikir macam tu,” katanya.

Syazlin yang kini menumpukan bisnes zoo mini pernah tular gayanya memakai ‘turban’ dan ‘mafla’ daripada ular sawa, selain tidur bersama iguana.

“Turban dah ada, mafla pun sudah. Sekarang pin tudung… selepas ini kena cari gaya fesyen lain pula,” selorohnya.

Video yang tular di laman TikTok

@kakakraptor apa ni #kakakraptor #kakaktrex #professional ♬ original sound – KakakRaptor 🦖

Continue Reading
Advertisement