Bekas isteri PU Abu iaitu AIn Afini telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Jumaat lepas.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh PU Abu di laman instagram miliknya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Abu memuat naik gambarnya bersama putera sulungnya itu.
Abu sempat memohon maaf kerana banyak salah yang dilakukannya terhadap puteranya itu dan juga ibunya.
Abu juga berpesan supaya anaknya itu senantiasa menjaga hati ummi kerana terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ain.
“Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.
“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan.
“Jaga hati ummi elok2 sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.
“@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.
“Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan.”
Sebelum ini, isu keluarga PU Abu dan Ain menjadi perhatian netizen di Malaysia. Malah disebabkan isu tersebut menyebabkan kandungan ain sebelum ini menjadi tidak aktif.
Menurut Ain, dia telah melakukan pemeriksaan kandungan dan terkejut apabila doktor memberitahu bayi di dalam perutnya itu tidak berapa aktif seperti biasa.
“Sebenarnya keadaan kandungan tidak berada dalam keadaan baik, sewaktu saya buat pemeriksaan beberapa minggu lepas doktor kata bayi saya tidak aktif.
Ain memberitahu doktor menasihatkannya untuk berehat.
“Doktor nasihatkan saya supaya tidak terus berada dalam tekanan dan banyakkan berehat,” luah Ain di dalam satu laporan MHE TV.
Walaubagaimanapun kesihatan bayi tidak terjejas dan Ain selamat melahirkan bayi sulungnya itu pada Jumaat lepas.
Tahniah diucapkan buat Ain di atas kelahiran putera sulung. Semoga Ain sentiasa bahagia dan tabah dalam meneruskan kehidupan.