Fikry Ibrahim atau nama sebenar beliau Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, dan model Malaysia.
Satu video prank dikenakan kepada pelakon ini setelah Zulin Aziz dan pengacara program Trek Selebriti berpakat mengenakan beliau.
Zulin kenakan Fikry Ibrahim
Menerusi Instagram, Zulim turut memuat naik video berkenaan untuk dikongsikan kepada umum.
Video tersebut memaparkan Zulin berlakon seolah-olah mahu meminjam wang berjumlah kira-kira RM29,000.
Zulin pinjam duit lunaskan tunggakan rumah sewa
Jumlah wang tersebut bagi melunaskan tunggakan sewa rumah selain sewaan sebuah kedai untuk memulakan bisnes.
“Tuan rumah nak halau aku. Tiga bulan tak bayar sewa sebab PKP kan. Aku mana ada duit. Aku tak tahu nak pinjam dekat siapa, aku dah stress gila”.
Tiga bulan Fikry, aku kena halau kot
Fikry yang menyangka Zulin benar-benar kesempitan wang ketika itu bersetuju memberikan wang tersebut.
“Tiga bulan Fikry, aku kena halau kot,” luah Zulin lalu Fikry ada meminta rakan artisnya itu untuk memberikan nombor akaun selepas bertanya mengenai amaun yang diperlukan Zulin iaitu sebanyak RM9,000.
Tak apa itu aku sedekah kat hang
Apa yang lebih mengejutkan adalah, Zulin sekali lagi mengusik Fikry dengan meminta pinjam wang sebanyak RM20,000 lagi bagi memulakan perniagaan.
“Aku macam segan tapi aku kena cakap. Aku nak berniaga,” kata Zulin.
“Tak apa nanti aku transfer kat hang,” jawab Fikry ringkas sambil disambut dengan reaksi teruja dari Zulin dan Alif.
“Tak apa itu kira aku sedekahkah kat hang, tak apalah,” kata Fikry lagi menerusi perbualan telefon.
Video itu ditonton 250, 000 kali oleh pengguna Instagram
Walaubagainamanapun, Zulin akhirnya memberitahu Fikry bahawa ia hanyalah sekadar prank semata.
Video pendek yang direpostkan kembali Zulin itu kini sudah pun ditonton lebih 250,000 kali oleh pengguna Instagram.
Fikry Ibrahim seorang yang baik hati
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Zulin turut mendedahkan akan kebaikan rakan artisnya itu yang disifatkan sebagai lelaki yang baik hati, tak lupa solat dan anak yang baik.
“Tapi seriously, @fikryibrahim ni orang yang sangat baik hati. Itu baru sikit korang tau siapa dia. Sembahyang, mengaji, jaga keluarga dia dan anak yang baik.
“Haaa, dah puji ni. Bankin la betul-betul. Ni kawan susah senang. Kita jangan ingat kawan bila susah je, bila senang hilang kemana. kita pun xkan tolong orang tu sesuka hati”.
Berkawan dengan orang baik-baik itu pun rezeki
“Berkawan dengan orang baik-baik tu pun rezeki. Ni pesanan jugak kat korang semua. Walaupun kita tau dia baik hati, jangan pernah ambik kesempatan kat orang tu”.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan video berkenaan dan memuji sifat baik hati Fikry Ibrahim itu.