Connect with us

Viral

Jaga Mak Mertua Sampai Akhir Hayat, Wanita Ini Tak Sangka Ipar Duai Buat Kejutan Buat Ramai Kagum

Penghormatan terhadap ibu mertua sama seperti penghormatan kita kepada ibu sendiri kerana dia juga seorang ibu.

Kita tetap kena anggap ibu mertua itu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun dia tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tetap perlu letak ibu mertua sebaris dengan ibu sendiri.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mendapat kejutan daripada ipar duai kerana telah menjaga ibu mertuanya dengan baik mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Nor Azrin Ariffin berkata, ketika itu secara kebetulan kesemua ahli keluarga di sebelah suaminya pulang ke kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang, untuk menziarahi arwah ibu mentuanya yang meninggal dunia.

“Pada 11 Mei, ibu mentua saya, Salasiah Abu Hassan meninggal dunia selepas dua bulan terlantar kerana kesan Covid-19. Jadi semua adik beradik sebelah suami pulang ke kampung”

“Selama ibu mentua terlantar, saya gilir-gilir menjaganya juga memandangkan tinggal berdekatan dengan rumah arwah.”

“Keesokannya 12 Mei pula hari lahir saya dan Hari Jururawat. Tapi saya memang tak harapkan apa-apa pun sebab masing-masing sedang bersedih.”

“Saya pun kerja macam biasa hari tersebut. Sepanjang siang, tak ada seorang pun wish. Saya tak kisah pun, sebab masing-masing mesti sibuk nak uruskan tahlil,” kata wanita berusia 38 tahun ini.

Namun menjelang petang, Nor Azrin menerima mesej daripada kakak iparnya meminta dia segera pulang dengan alasan anaknya tidak sihat, tanpa mengetahui sebenarnya ia adalah ‘prank’ sempena hari lahirnya.

“Kakak ipar beritahu anaknya gatal-gatal minta saya tengokkan. Pukul 8 malam sampai, saya masuk bilik anaknya.”

“Punya belek seluruh badan tapi tak ada apa langsung. Rupa-rupanya masa dalam bilik anak saudara, mereka di luar kalut bawa kek dan ready nak prank.”

“Keluar je bilik, terkejut tengok ada surprise. Masa tu beristighfar sekejap… saya sebak dan cakap tak perlu pun buat semua ni, saya tak minta dan faham situasi sekarang.”

“Tapi kakak-kakak ipar cakap, kita sama-sama jaga arwah ibu. Memang menitis air mata. Pertama sebab teringat mak meningal, kedua sebab famili mentua sangat hargai saya,” ujarnya yang merupakan seorang jururawat di Parit Buntar, Perak.

“Saya merupakan ibu tunggal sebelum berkahwin kali kedua dengan suami sekarang. Sungguhpun suami bujang, tapi kakak-kakak ipar dan ibu mentua tetap terima saya.”

“Tak ada rasa berbeza pun kasih sayang mereka terhadap saya. Suami satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, manakala saya pula satu-satunya anak perempuan daripada empat adik beradik.”

“Saya tak pernah rasa kasih sayang kakak. Bila bertemu jodoh dengan suami, Allah beri rezeki saya dapat tiga kakak ipar dan seorang adik ipar perempuan,” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@momoftripleaaa #CapCut Alhamdulillah atas hadiah kasih sayang ini..Mohon sedekahkan Al fatihah utk mil sy Allahyarhamah Salasiah binti Abu Hassan..11&12 May 2022 to remembered🥺 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – £®!π

“Boleh katakan semuanya positif dan tersentuh dengan video tu. Saya bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik dan harap hubungan ini berkekalan.”

“Mohon mereka di luar sana sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu mentua saya,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.