Connect with us

Viral

Sanggup Jalan Atas Kabel Elektrik, Wanita Ini Redah Jambatan Runtuh Demi Berjumpa Ibu

Banjir yang melanda dua negeri iaitu Terengganu dan Kelantan menunjukan tanda-tanda semakin buruk malah negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar apabila adanya insan yang ‘tewas’ gara-gara lemas, kehilangan dan kerosakkan harta benda, tanah runtuh, pokok tumbang dan penutupan jalan di banyak kawasan.

Manakan tidak, kita baru sahaja reda dengan fenomena banjir yang luar biasa di semenanjung Malaysia beberapa bulan lalu dan kini ianya dilihat kembali ‘mengganas’ apabila keadaan di Terengganu dan Kelantan dilihat semakin tenat.

Sudah pasti, dalam keadaan ini, ramai yang terpisah dengan ahli keluarga masing-masing dan pastinya itu sangat merisaukan kerana takut akan perkara buruk terjadi pada orang tersayang.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini di Terengganu dimana seorang anak perempuan sanggup mempertaruhkan nyawanya demi berjumpa ibunya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @paawork83, kelihatan wanita ini sedang meredahi sebuah jambatan yang runtuh dengan hanya berpijak di atas kabel elektrik yang telah dimatikan dan memegang pembahagi jalan yang ada pada ketika itu.

Difahamkan, jambatan yang terletak di Belukar Bukit Kuala Berang, Terengganu itu runtuh oleh kerana arus deras banjir yang melanda negeri tersebut.

Dapat kita lihat, wanita ini mengumpul segala semangatnya untuk meredahi jambatan runtuh tersebut dengan berhati-hati demi ibunya yang tercinta.

Menurut info, wanita tersebut telah pun selamat meredahi jambatan itu dan bertemu ibunya.

Video yang tular di laman TikTok:

@paawork83 Banjir Besor#misibantuan#pray4huluterengganu#pray4pantaitimur#Terengganu#fyp #fyp2022 ♬ original sound – shazanashukri_

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 278.0K tontonan, 13.3K tanda suka, 353 komen dan 359 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan keberanian semula jadi yang ada dalam diri wanita ini kerana sanggup melakukan apa sahaja demi inan yang melahirkannya ke dunia.

Pun begitu, dalam masa yang sama para netizen tidak menafikan mereka berasa risau dengan keselamatan wanita ini kerana dia hanya berpaut pada pembahagi jalan semata-mata.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.