Connect with us

Viral

“Jalan pun kami pegang tangan” Wanita Ini Anggap Ibu Mentua Bagai BFF

Hubungan menantu dan mertua sering kali dikatakan akan mempunyai masalah jika tinggal sebumbung.

Disebabkan stigma tersebut, ada diantara wanita yang baru mendirikan rumah tangga, sebolehnya enggan tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Kisah dingin menantu dan mertua

Bahkan, penularan kisah hubungan dingin menantu dan ibu mentua sekaligus memberi igauan ngeri buat wanita yang baru mendirikan rumah tangga.

Oleh itu, seorang wanita telah tampil berkongsi kisahnya yang mengganggap ibu mentuanya seperti kawan baik sendiri.

Mertua seperti kawan baiknya sendiri

Menurut Atiqah Izzati Abdul Aziz, 30, hubungannya dengan ibu mentua, Arba’iah Yahya, 62, cukup erat memandangkan mereka tinggal bersama sejak enam tahun lalu.

Beliau yang lebih mesra disapa Iqa, dia percaya hubungan yang baik bermula dengan corak pemikiran yang betul tanpa mengambil kira kisah-kisah buruk melibatkan menantu dan mentua yang lain di luar sana.

Suami anak tunggal, kena kongsi kasih

“Saya dah enam tahun berkahwin, dah ada tiga cahaya mata. Dari awal kahwin saya duduk dengan ibu mentua”.

“Apa pilihan yang saya ada? Suami merupakan anak tunggal. Nak tak nak, kena kongsi kasih” lapornya kepada mStar.

Saya buka hati untuk ikut cara mertua

“Tapi saya tak takut. Semuanya bermula dengan mindset kita. Tahun pertama, tahun kedua saya buka hati betul-betul untuk ikut cara mentua”.

“Lagi-lagi duduk rumah dia, kenalah ikut gaya dia. Apa yang dia suruh sebenarnya untuk kebaikan,” ujarnya kepada mStar.

Ibu mertuanya tinggal sebilik setiap kali bercuti

Sepanjang enam tahun tinggal bersama, Iqa mengakui dia banyak melakukan aktiviti menyeronokkan dengan ibu mentuanya dalam mencari keserasian bersama.

Mereka juga seing keluar membeli belah dan Iqa juga pernah membawa ibu mentuanya tinggal sebilik di hotel setiap kali bercuti.

Anggap macam best friend

“Anggap macam best friend. Jalan pun kami pegang tangan. Orang fikir kami anak-beranak”.

“Ibu mentua sangat sweet dengan saya. Sebelum kahwin pun dia dah mesra, jalan pegang tangan saya. Masa tu lagi dah ada chemistry”.

Kami keluar shopping bersama

“Kami keluar shopping, kami check in hotel bersama. Selagi dia ada, kita cuba gembirakan dia,” ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

Malah kongsi Iqa lagi, hubungan itu makin erat apabila dia dan suami, Nabil Adib Idris, 35, mengerjakan umrah di Makkah bersama ibu mentuanya pada tahun 2017.

Hubungan kami makin rapat lepas umrah

“Hubungan makin rapat lepas umrah. Kami umrah sama-sama. Saya dan ibu mentua tawaf bersama, buat semuanya bersama”.

“Saya minta doa depan Kaabah agar dipermudah semua urusan dan hubungan kami sekeluarga,” kata Iqa dalam nada sebak.

Iqa cuba tidak bersangka buruk dan sentiasa berlapang dada

Menurut Iqa lagi, dia juga tidaklah sempurna dan pernah berlawan dengan diri sendiri di awal perkahwinannya dahulu.

Namun katanya, dia cuba untuk tidak bersangka buruk dan sentiasa berlapang dada atas apa sahaja yang berlaku.

Orang sangsi bila dapat tahu saya tinggal dengan mertua

Malah, di Instagram, Iqa turut berkongsi video berborak isu kekeluargaan bersama ibu mentuanya.

“Sebenarnya ramai tanya. Dari dulu lagi. Orang rasa sangsi bila dapat tahu saya tinggal dengan mentua”.

6 tahun saya tinggal dengan mertua

“Kebelakangan ini pun ada yang bertanya. Macam tak percaya dah enam tahun saya tinggal bersama mentua”.

“Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi mengenai topik ini”.

Saya dah anggap dia macam ibu sendiri

“Saya sejujurnya sentiasa minta dalam doa agar umur ibu mentua dipanjangkan. Tak tahu macam mana nak hadapi andai dia dah tiada”.

“Saya dah anggap dia macam ibu sendiri,” ujar Iqa lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan mengagumi hubungan baik Iqa dan mertuanya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.