Connect with us

Viral

“Jangan ajar saya” Dikecam Harga Makanan Mahal, Cef Ammar Dedah Bahan Yang Digunakan

Sejak adanya bazaar ramadhan, ramai yang mula bersuara tentang isu kenaikkan harga makanan, harga makanan yang tak masuk akal dan juga kuantiti makanan yang sedikit dan tidak kena dengan harga.

Tidak terkecuali, Cef Ammar atau nama sebenarnya Ammar Al Ali yang juga famous dengan jualan nasi arabnya turut terpalit dalam isu yang sama. Pun begitu, dia tampil menjelaskan hal sebenar setelah ianya menjadi bualan ramai.

Difahamkan, proses penyediaan makanan yang dijual sememangnya tidak mudah dan barang yang digunakan semuanya berkualiti tinggi.

Tidak hanya bercakap kosong, Chef Ammar menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dan ia sememangnya setanding dengan harga mahal yang diletakkan oleh beliau seperti yang dipertikaikan oleh sesetengah netizen.

Video yang tular di laman TikTok:

@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok ♬ original sound – Mr.Momo

@momomqms Reply to @basitbroga5039 ♬ original sound – Mr.Momo

@momomqms Reply to @bondabaim ♬ original sound – Mr.Momo

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 74.8K tanda suka, 3291 komen dan 505 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan perkongsian Chef Ammar setelah dia menunjukkan bukti mengapa harga makanannya tinggi. Hal ini kerana kualitinya lain daripada yang lain dimana ianya sangat premium.

Berikut antara komen warga maya:

“apa yg susah. mahal jgn beli, beli yg murah. berlambak orng jual nasi arab ni. pilih je mana yg mampu.”

“mahal pun beratur gak org…biar mahal jnji sedap puas hati mkn”

“chef ammar nie dia guna bahan2 berkualiti dan mmg harga agak tinggi sbb chef jaga kebersihan dan dia penting kan hasil masakan nya..”


“ikut poket, jgn marah org lain jika tidak mampu.. usaha sampai mampu makan ok”

“Aku kalau beli dari chef ammar ni tak pernah rasa duit tu bazir beli makanan dari dia . Sebab berbaloi dengan harga dia bagi tu”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.