Terdapat beberapa kes jangkitan kuman yang melibatkan bayi. Bayi mempunyai imunisasi yang lemah berbanding orang dewasa.
Oleh itu, mereka lebih mudah dijangkiti kuman yang dibawa oleh orang dewasa. Jadi berwaspada jika anda mahu mencium atau memegang bayi.
Satu kisah tular di laman sosial Facebook apabila seorang ibu bernama Munie Suraya telah berkongsi kisah mengenai bayinya.
“Semua ibu bapa yang ada bayi, tolong jadikan pengajaran. Jangan baik hati bagi anak kat orang dukung suka hati”.
“Pengalaman yang memang pahit untuk ditelan dan hampir hitam dunia untuk minggu ni, moga lepas ni kami lebih berjaga-jaga, kata Suraya.
Berhubung kenyataan diatas, bayi comel mereka terkena Impetigo & Scalded Skin Syndrome. Beliau meminta semua orang berkongsi mengenai supaya tidak terkena kepada bayi yang lain.
Apakah Impetigo & Scalded Skin Syndrome
Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus).
Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.
Scalded Skin Syndrome (SSS) pula adalah infeksi kulit serius yang disebabkan oleh bakteri Staphylococcus aureus.
Bakteri ini menghasilkan racun eksfoliatif yang menyebabkan lapisan luar kulit melepuh dan mengelupas, seperti terbakar.
SSSS merupakan penyakit yang jarang ditemui dan seringkali menyerang anak–anak usia bawah 6 tahun, terutama bayi.
Penyakit ini jarang sekali menyerang orang dewasa, kecuali pada orang dengan gagal ginjal atau mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah.
Jangan bagi orang dukung bayi anda sesuka hati.
02/08/2019 (Jumaat)
“Masa ini kami ingat Eldryna kena gigit semut sebab bengkak mata belah kanan kerana sebelum ini dia memang pernah kena gigit semut”.
03/08/2019 (Sabtu)
“Masa ini dah pergi klinik dan masa itu mama ingat punca adalah alergik sebab mama makan ubat tahan sakit”.
“Mama cirit-birit muntah pada khamis dan tiba-tiba jumaat adik jadi macam ini. Pada masa itu Dr suruh refer hospital jadi kami pegi emergency KPJ”.
04/08/2019 (Ahad)
“Masa ni tengah tunggu nak masuk wad. Masa ini makin teruk dah keadaan adik mata dah tak boleh bukak makin teruk bengkak”.
“Malam jadi lebih teruk habis jadi cecair dan ada yang tinggal kesan darah. Masa Dr Syed datang dia beritahu dan jelaskan apa yang terjadi kepada Eldryna”.
“Ia bukan disebabkan alergik ubat tetapi disebabkan jangkitan kulit iaitu impetigo dan scalded skin syndrome”.
“Ia berpunca dari orang ramai yang memegang bayi atau mungkin persekitaran dan juga berkemungkinan disebabkan air kotor”.
“Punca utama adalah kuman yang disebabkan dari orang yang ada sakit kulit atau ada kuman dan memegang Eldryna dan kuman itu berjangkit pada dia”.
05/08/2019 (Isnin)
“Selepas diberikan antibiotics, alhamdulilah nampak kuman yang ada pada muka adik jadi kering sikit tinggal salin kulit baru”.
“Mata boleh bukak dah lepas nurse bersihkan tetapi masih tidak dapat buka besar mata kerana masih bengkak”.
06/08/2019 (Selasa)
“Alhamdulilah mata adik yang bengkak dah surut dan kulit yang kena kuman itu mula kering dan ganti kulit baru”.
08/08/2019 (Khamis)
“Dr kata mungkin dah boleh balik hari jumaat nanti tp dia kena confirmkan dulu sebab Dr. nak tengok adik dah sempuh sepenuhnya atau belum”.
Semoga perkongsian ini memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pembaca dan untuk ibu bapa pastikan anak anda dalam keadaan yang selamat ketika berada di luar.