Connect with us

Viral

“Jangan cepat2 sangat bang” Telatah Si Abang Suap Adiknya Undang Tawa Netizen

Pengorbanan ibu terhadap anak-anak tiada tandingannya. Lebih-lebih lagi jika seseorang ibu itu mempunyai anak kecil dan seorang yang bekerjaya.

Iospital phone repair gombak

Namun begitu, kehadiran anak sulung mampu meringankan ibunya dengan menjaga adik kecilnya.

Walaupun kadang kala berlaku pertengkaran atau pergaduhan kecil antara mereka, itu perkara biasa yang berlaku antara adik beradik.

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini yang dimuat naik dalam bentuk video di laman TikTok seorang ibu @eldeneleena.

Menerusi video tersebut, wanita tersebut dilihat turut membawa anak-anaknya sambil dia sedang menguruskan kedai makan bagi lebih mudah untuk memantau anak-anaknya itu.

Walaupun masih sibuk, dia sempat melihat telatah dua orang anaknya itu yang sedang makan bersama-sama.

Aksi anak lelakinya yang menyuapkan adiknya makan dan minum membuatkan dia berasa terharu hingga hampir menangis.

Wanita itu berasa sangat bersyukur kerana anak lelakinya itu begitu prihatin terhadap anak kecilnya itu.

Bagaimanapun, ketulan ais tiba-tiba terkena pada hidung si adik sewaktu abangnya itu menyuapkan air kepadanya.

Rasa terhibur melihat gelagat dua beradik itu, ibunya hampir tersembur dan pecah perut melihat mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi mereka berdua yang lucu sehinggakan warganet tidak sempat menangis terharu malah terus tertawa.

Bukan itu sahaja, ada warga netizen yang menitipkan pesan buat si abang agar perlahan-lahan menyuap adiknya itu kerana risau apa-apa terjadi pada adik kecilnya itu.

Antara komen netizen:

“hahahahha harap adik nie tak simpan dendam kesumat kat abg dia ….maaf dik akk tergelak ”

“maaf dik, acik tergelak. dlm masa yg sama sian awk. mesti sakit idum”


“jgn cepat2 sgt bang, sian adik tu ..anyway good job ”

“maaf dik…abg x sengaja ketawa dkt kauu dik… harap dik tk dendam dkt abg laa…”

“Tak kesah lah bang kau suapkan adik kau tu macam mana asalkan makanan masuk mulut ”

Video yang tular:

@eldeneleena

♬ suara asli –

Continue Reading
Advertisement