Connect with us

Viral

Jangan Kongsi Gambar Tiket Penerbangan Anda, Lelaki Ini Dedah Risiko Bahaya

Bagi mereka yang suka melancong, sudah pasti akan memilih destinasi yang sangat menarik dimana mempunyai pantai yang jernih ataupun keindahan bandar dan banyak lagi bahkan ada yang sanggup ke luar negara untuk mencipta momen indah.

Sering kali kita lihat di media sosial, ramai yang menangkap gambar passport dan tiket penerbangan untuk dijadikan sebagai kenangan.

Mungkin ia hanya dianggap sebagai gambar yang biasa sahaja menandakan kita akan berangkat ke luar negara. Tetapi tanpa disedari, ia boleh memberikan kesan buruk kepada kita.

Baru-baru ini seorang lelaki yang dikenali sebagai @coachjasonho mendedahkan satu perkara yang mungkin tidak semua daripada kita tahu.

Menerusi video tersebut, dia memaklumkan bahawa perbuatan mendedahkan tiket penerbangan dapat dihentikan kerana ianya sangat berbahaya.

Menurutnya, dengan cara tersebut, individu lain dapat mengetahui maklumat peribadi dan apa yang lebih merisaukan adalah jika maklumat tersebut tersebar pada individu yang tidak bertanggungjawab.

Dapat kita lihat, dia juga memaklumkan bagaimana privasi kita seperti nama penuh, nombor pasport, tarikh luput pasport, empat digit terakhir kad kredit anda, tarikh, e-mel dan nombor telefon bimbit boleh tersebar dengan begitu mudah sekali.

Individu yang berniat jahat boleh membuat pelarasan pada pilihan dalam penerbangan bahkan membatalkan penerbangan hanya menggunakan maklumat pada pas masuk yang tertera pada tiket tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak sangka perkara yang dianggap ‘kecil’ itu memberi impak yang sangat buruk pada diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berterima kasih kepada lelaki ini kerana mendedahkan perkara berkenaan agar selepas ini ramai yang lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang gambar.

Berikut merupakan komen warga maya:

“this is a serious risk”

“i take a photo too BUT not showing the details or blurring them out”


Video yang tular:

@coachjasonho PSA: Personal information hack #learningisfun #PSA #lifehacker #singaporeairlines #coachjasonho ♬ original sound – Coach Jason Ho

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.