Perasaan cemburu itu semula jadinya memang ada dalam diri, lebih-lebih lagi ianya melibatkan hal yang berkaitan dengan pasangan kita sendiri.
Bagaimanapun, perasaan cemburu itu hendaklah dikawal agar tidak ‘cemburu buta’ sahaja menyalahkan orang lain.
Sama seperti kisah yang berlaku baru-baru ini mengenai sebuah premis makanan yang menerima ‘Direct Message’ (DM) daripada seorang wanita yang dipercayai salah seorang pelanggan yang cemburu dengan salah seorang pekerja di premis tersebut.
Mengikut laporan Kosmo, pelanggan itu bertindak menegur tindakan pekerja premis tersebut yang dikatakan telah memberikan senyuman terhadap suaminya dengan menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu.
“Maaf ya kalau saya lancang berkata. Boleh tak pihak kedai bagitahu dekat pekerja hari ini yang pakai tudung hijau/biru, jangan nak ramah sangat dengan suami orang,” tulisnya di dalam DM tersebut.
Bukan itu sahaja, pelanggan wanita itu turut sempat menitipkan pesan buat pekerja berkenaan agar cukuplah sekadar ucapan terima kasih sahaja daripada pekerja dan tidak perlu pun diberikan sekali dengan senyuman.
“Kalau nak berterima kasih cukup cakap terima kasih tak perlu senyum-senyum,” tulisnya lagi.
Difahamkan, pemilik premis berkenaan berasa terkejut kerana ini merupakan kali pertama pelanggan tidak berpuas hati dengan layanan pekerjanya.
“Nanti kalau muka masam orang kata nak menjual ke atau nak marah orang. Terima kasih atas teguran sebab belum pernah pelanggan yang datang komen macam ini.
“Lagipun normal kalau pergi kedai makan tuan kedai akan senyum. Tapi, kalau itu buat kamu terasa, saya minta maaf daripada pihak pekerja,” terangnya lagi.
Namun begitu, butiran mengenai lokasi premis makanan tersebut dan waktu insiden tidak dapat dipastikan.
Walaupun pemilik premis berasa agak terkesan dengan DM tersebut, dia masih lagi rasional dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang telah diberikan.
Hasil tinjauan pihak YOY Network, telah didapati bahawa hantaran tersebut telah dipadam oleh pemilik premis berkenaan.
Apa-apa pun, bagi Min tidak salah pun kalau kita nak lemparkan senyuman kepada orang lain kerana senyum pun salah satu bentuk sedekah kan?
Tak salah untuk kita pun beri ‘happy pills’ kita kepada orang lain, orang lain pun boleh tersenyum sekali.