Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.
Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.
Sama juga degan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai Zaim Syirazi perlu mengambil telefon milik ibunya yang tertinggal di kebun dan dia terpaksa melewati kawasan hutan dalam keadaan gelap untuk mengambil telefon berkenaan.
Namun tak disangka-sangka, malam itu dia terserempak dengan satu ‘sosok’ yang hanya ‘berdiam’ di bawah pokok.
“Aku harap benda aku nampak tak betul. Jangan perhati lama-lama,” tulis pengunggah dalam video berkenaan.
Menerusi satu video lain, akhirnya penemuan tersebut terjawab setelah dia melihat entiti tersebut dengan lebih teliti.
Rupa-rupanya, ianya hanyalah tunggul kayu yang kebetulan berada disitu. Maklumlah dalam keadaan gelap begitu, siapa sahaja akan tersalah pandang.
Apa yang lebih melucukan dia juga sempat merakam kemunculan tapir yang berlari ketakutan apabila mendengar bunyi kenderaannya yang masuk ke hutan pada waktu sebegitu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 863.4K tontonan, 44.8K tanda suka, 727 komen dan 187 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya seram melihat rakaman berkenaan yang memaparkan satu sosok putih tercegat di tepi pokok.
Bagaimana pun, perasaan takut dan seram itu tiba-tiba hilang apabila mengetahui perkara sebenar dan para netizen mula terhibur dengan aksi tapir yang lintang pukang lari menyelamatkan diri.
Berikut merupakan komen warga maya:
“punya la stalk dia punya tiktok nak cari part 2 tapi last2 macam menyesal pula cari”
“ending dia paling best huhu mesti ramai ingat hantu”
“ready sudah aku mau tutup mata.. ruoanya hanya seekor tapir yang ketakutan sedang berlari”