Kemelut wabak Covid-19 yang melanda dunia berterusan sehingga ke hari ini. Jumlah kes terus meningkat dari hari ke hari.
Hari ini telah masuk hari keempat rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan perlu duduk di rumah masing-masing.
Masih adakan majlis perkahwinan, jamuan makan dan sebagainya
Namun begitu, menerusi laman sosial banyak kisah yang dikongsikan memperlihatkan rakyat masih tidak mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.
Majlis perkahwinan masih diadakan di Alor Setar, ada yang masih menjemput tetamu datang makan bersama-sama.
Selain itu, masih ramai lagi yang makan di kedai makan dan melepak meskipun arahan telah dikeluarkan.
Beberapa rakaman video anggota polis membuat rondaan juga telah tular. Masih ramai rakyat kita tiada kesedaran apabila masih melepak di tempat-tempat awam.
Bila polis penat membebel suruh pulang dan duduk di rumah
Satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan remaja masih melepak dan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk menghalau mereka pulang ke rumah.
Melihat perkara itu, polis yang membuat rondaan turut menasihati sekumpulan remaja ini supaya patuh dengan arahan.
Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali
Apa yang lebih menarik adalah sepotong ayat yang keluar dari polis yang membuat rondaan “Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali” ujarnya.
“Mahu cakap macam mana lagi mahu kasi faham, suruh duduk dalam rumah duduk dalam rumah jangan keluar”.
“Kerajaan suruh duduk dalam rumah masing-masing dan jangan keluar berkumpul. Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali”.
Mereka keluar bekerja, anda duduk dirumah
Kedegilan mereka telah menyebabkan tugas polis bertambah dan aktiviti melepak mereka itu tidak dapat memutuskan rangkaian Covid-19 yang sedang diusahakan ketika ini.
Tahap kesabaran pihak berkuasa juga ada batasnya. Mereka terpaksa berkorban lebih masa dan waktu bersama keluarga demi menjaga keamanan negara.
Barisan hadapan tolong kuat untuk kami
Begitu juga dengan barisan hadapan lain yang masih bertugas dan berhempas pulas demi demi kesihatan rakyat Malaysia.
Sedarlah rakyat Malaysia, kasihanilah barisan hadapan yang tidak cukup rehat dan masa ini untuk berjuang demi negara.
Semoga kita sama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bekerjasama untuk memulihkan negara.