Emas merupakan perkara yang paling digilai ramai wanita. Hampir semua wanita menggunakan emas sebagai perhiasan diri kerana sifatnya yang berkilauan dengan warna keemasan menimbulkan seri pada si pemakai.
Emas juga dijadikan sebagai pelaburan yang sangat menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang kerana kita sedia maklum harganya tidak pernah turun malah makin meningkat.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang Master Dealer Public Gold, Encik Mohd Suliman memberikan tips mengenai waktu yang terbaik untuk membeli emas.
1. Bila Masa Terbaik Beli Emas?
“Soalan di atas adalah antara yang sering ditanyakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan emas. Jika anda tanya saya bilakah masa terbaik membeli emas jawapan saya sangat mudah.”
“Beli ketika ada duit di tangan dan sekarang!”
“Memang secara teori untuk dapatkan keuntungan dengan emas ialah beli emas ketika harga rendah dan jual emas tersebut ketika harga tinggi.”
“Ramai juga yang nak tunggu harga emas rendah baru nak beli. Ada juga yang berpesan supaya beritahu dia, bila harga emas turun.”
“Kalau ikut pengalaman saya, mereka yang mempunyai minda seperti ini akan selalu rasa ragu-ragu untuk membeli emas sebab sering rasa takut rugi, kalau beli nanti harga akan turun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari kalau harga semakin naik tinggi mereka pun akan kata “Adoi harga emas dah naik tinggi, macamana ni nak beli atau tidak”.”
“Saya nak bagi tips untuk orang-orang baru cara betul nak mulakan simpanan emas ialah: “Buy Gold and Wait, Not Wait to Buy Gold””
“Sebab bila anda sudah ada gram emas dalam simpanan, bila berlaku kenaikan harga emas akan menguntungkan anda. Bila asyik nak tengok aje harga emas tapi takde gram emas dalam simpanan, maka untungnya kosong”
“Untuk makluman, sebenarnya harga emas ‘murah’ telah lama meninggalkan kita. Anda boleh rujuk graf harga emas 40 tahun dahulu (seperti rajah di bawah ini) melalui website https://goldprice.org/spot-gold.html dan buat perbandingan harga.”
Dari Tahun 1974 sehingga 2019
“Jika anda perhatikan, harga emas paling rendah ialah pada tahun 1974 iaitu Usd65.30/oz dan harga emas terus menaik di mana harga tertinggi ialah Usd1990/oz pada bulan Ogos tahun 2011.”
2. Jangan Tunggu Harga Terendah.
“Untuk anda yang baru nak mula beli emas, adalah amat silap bila menunggu harga emas betul-betul rendah baru nak beli. Jangan tunggu harga paling rendah sebab penganalisa teknikal harga emas yang paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat akan turun naik harga emas”
“Emas tiada istilah harga murah atau rendah jika dibeli sekarang!”
“Kalau ingin tahu samada harga emas murah atau tidak, tunggulah selepas 1 atau 3 tahun nanti. Masa itu barulah anda tahu semasa anda beli emas dulu, harganya murah atau sebaliknya.”
“Nasihat saya jika tujuan anda beli emas fizikal untuk simpanan jangka panjang, janganlah bermain dengan turun naik harga emas sebab ramalan pergerakan harga akan tersasar bila berlaku perubahan ekonomi dan politik luar jangkaan”
Kenapa beli emas sekarang?
“Untuk selamatkan kekayaan kita kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!”
3. Bagaimana Nak Tahu Harga Emas Tinggi atau Rendah?
“Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor ‘fundamental’ yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menjadikan harga emas Naik atau Turun.”.
“Faktor #1: Bencana alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidakstabilan negara-negara di dunia seperti berlakunya wabak penyakit yang menular covid-19 dan lain-lain akan mempengaruhi harga emas.”
“Faktor #2: Nilai US dolar yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas. Bila ini terjadi samaada individu atau Bank-bank Pusat akan membeli emas untuk selamatkan kekayaan Negara. Bila keadaan tidak menentu dan tak selamat harga emas akan melonjak.”
“Faktor #3: Harga Emas Terus Naik Jangka Panjang – Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang, trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi. Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluar.”
“Mike Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi.”
4. Fakta Emas.
“Fakta #1: Harga Emas Turun Jangka Pendek Adalah Biasa – Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang. Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. Jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.”
“Fakta #2: Mengukur Potensi Kenaikan Harga – Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).”
“Kalau anda orang baru, anda boleh tanya dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi. Inilah masa untuk beli emas. Tapi jika anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli dulu sebagai permulaan setidaknya 1 dinar emas atau 5 gram Gold Bar.”
“Fakta #3: Waktu Terbaik Memborong Emas – Bila harga emas jatuh menjunam macam tahun 2015 Dec harga emas USD1068/0z, itulah masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.”
“Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai ‘insurans’ masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan”
“Tukarkan 10% Kekayaan Kita Kepada Emas”
“Untuk saya, sebahagian besar simpanan, saya tukarkan kepada emas.”