Connect with us

Viral

“Janji bukan laki orang” Cinta Pernah Ditolak Berkali-Kali, Wanita Tak Sangka Berjodoh Lelaki Tua 18 Tahun

Benar kata orang, jodoh pertemuan itu tiada siapa yang boleh duga malah ianya tidak mengenal rupa paras dan usia muda atau tua bahkan ada juga yang berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih tua dari umur nya.

Seperti video yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menceritakan semula kisah percintaannya bersama suami yang memiliki jarak umur 18 tahun mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, sebelum ini wanita tersebut telah berkali-kali menolak cinta suaminya namun atas persuratan takdir dan jodoh mereka akhirnya selamat disatukan sebagai teman hidup.

Wanita ini juga akui suaminya sangat baik dan dilayan seperti permaisuri selepas wanita ini trauma dengan perkahwinannya yang sebelum ini.

“Lelaki ini yang banyak kali aku reject. Beza umur 18 tahun kot. Kalau dah namanya jodoh, tolak la kuat mana, campak lah jauh mana dia tetap akan datang.”

“3 tahun perkenalan akhirnya kami bersatu sebagai suami isteri yang sah.”

“Dia lah lelaki yang layan saya macam permaisuri selepas saya trauma dalam rumah tangga yang lepas. Walau saya layan dia teruk, dia tetap tak mengalah. Penerimaan keluarga, Alhamdulillah semua setuju.”

“Kalau dating dan up story mesti akan ada yang perli ‘keluar dengan ayah ke tu’?” Ujarnya

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@its_maysoLelaki yang berumur lebih hot.. 🥰🥰🥰♬ suara asli – Manganang Fanbase

@its_mayso Reply to @diana.azhar ♬ suara asli – Ziell Ferdian

@its_mayso Reply to @setulippppp ♬ original sound – Adrian HuHu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja dan mendoakan agar mereka berkekalan sehingga akhir hayat.

Pun begitu, tidak kurang juga ada yang memberikan komen ‘pedas’ namun wanita ini hanya mengambilnya dari sudut yang positif sahaja.

“tak kisah laa beza umur 100 tahun pun janji bukan rampas laki org”

“akak relax je kak, suami akak ensem, chill je asalkan bahagia tak salah jarak umur”

“yang penting dia ikhlas sayang kita kan..”


Biarlah berusia asalkan dilayan seperti permaisuri, daripada dapat yang muda tahu-tahu digantung tak bertali, kan?

Apa-apa pun semoga kedua-dua mereka berbahagia sehingga ke anak cucu bahkan sampai ke akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.