Connect with us

Viral

“Jantung ibu dah drop..” Ibu Muda Sarat Hamil ‘Pergi’ Menghadap Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan

Naluri keibuan dalam diri setiap wanita pastinya tidak sabar mahu merasai detik-detik  bergelar seorang ibu.

Menanti kehadiran cahaya mata pastinya momen indah yang tidak dapat dilupakan walaupun mereka terpaksa bertarung nyawa melahirkan anak tercinta.

Ibu muda sarat mengandung sesak nafas disebabkan jangkitan kuman

Walaubagaimanapun, lain pula kisah seorang ibu muda yang dikenali dengan nama Shamira Roslan dijemput Ilahi ketika sedang sarat mengandung anak keduanya.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Shuhada Fazli, sepupunya (Shamira Roslan) mengalami masalah sesak nafas dipercayai disebabkan jangkitan kuman.

Mintak semua tolong doakan

Jantung ibu dah drop, jantung baby dah takde lagi

“Nak minta tolong semua doakan sepupu shida kuat semangat. Sekarang tengah kritikal dekat hospital taiping”.

“Pagi ni sesak nafas doktor cakap kuman..dia tengah sarat mengandung sekarang ni jantung ibu dah drop jantung baby dah x de lagi, harap ibu selamat”.

“Ya Allah tiada yang mustahil Darimu, kuatkan semangat dia selamatkan dia Ya Allah” tulisnya

Anak kecil dalam kandungan turut tidak dapat diselamatkan

Oleh kerana masalah kesihatan yang dialami si ibu, anak kecil yang berada dalam kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Tiada siapa mampu melawan takdir, tidak lama selepas itu si ibu yang berada dalam keadaan kritikal pula dijemput Ilahi.

Arwah meninggalkan seorang anak lelaki berusia 4 tahun

“Difahamkan, arwah Shamira Roslan telah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun”.

Pemergian Shamira Roslan telah meninggalkan kesan terhadap ramai orang terutamanya ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat.

Orang ramai tidak putus-putus menitipkan doa dan berharap agar suami dan anak arwah dapat menerima ujian ini dengan hati yang terbuka.

Salam takziah buat keluarga arwah Shamira Roslan. Moga keluarga tabah dan diberi kekuatan menghadapi kehilangan ahli keluarga tersayang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.