Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Dugaan Baru Nikah, Jari Kaki Bad Indigo Terpaksa Dibuang

Baru saja mendirikan rumahtangga, ahli kumpulan Indigo, Bad, 46, mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetes.

Menerusi satu kenyataan, Bad memberitahu hari ini sudah memasuki hari ketiga dia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Hari ketiga berada di PPUM. Ada jangkitan ‘gangrene’ di jari kaki yang paling kecil akibat luka disebabkan penyakit diabetes dan perlu dipotong jari tersebut.

“Saya masih menunggu untuk melakukan pembedahan,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Tambah pemilik nama Badrul Izhan Yeop Abdullah, dia akui berasa takut tambahan pula isterinya, penyanyi Ashira, 36, tidak dapat menemani di hospital.

“Saya okey cuma takut. Ashira tak dapat nak teman tapi harapnya mereka bagilah saya jumpa walau sekejap,” katanya lagi.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Bad ada memuat naik sebuah rakaman video memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta Ashira Aziz, anak-anak kami, mak dan keluarga saya, mentua dan ipar duai saya yang selalu mendoakan dan terus memberi semangat,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bad Indigo (@bad.indigo_official)

Terdahulu, Bad mengakui terbuka hati untuk berkahwin dengan penyanyi Ashira selepas kedua-duanya terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), setelah lebih 10 tahun menduda.

Menurut Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Resah itu sekitar Oktober tahun lalu.

“Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama padanya.

“Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.

“Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut hati padanya. Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat orang di sekelilingnya,” katanya ketika dihubungi media.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya, jam 2.45 petang, 11 Mac lepas.

Mereka dinikahkan oleh bapa Ashira, Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Menerusi video yang dihantar kepada media, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz dan Bad meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan lancar dan dihadiri sebahagian anggota keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi,” kata Ashira.

Mereka yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mula rapat selepas Bad bersama kumpulan Indigo tersingkir dari program itu.

Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 namun bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12, dan Rania, 11 tahun.

Manakala Ashira merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.