Connect with us

Viral

“Jari tak berapa nak ada” Kongsi Kisah Kelainan Diri, Gadis Akui Tidak Terkesan Kata Negatif Orang Sekeliling

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai jenis ujian mengikut kemampuan masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Begitulah juga ujian buat mereka yang mengalami kelainan upaya (OKU), walaupun terdapat kelainan pada diri sendiri, mereka tetap kuat meneruskan kehidupan mereka.

Memetik laporan MStar, Nooraisyah Uman Ali, 19, telah tular setelah berkongsikan kisahnya di laman media sosial baru-baru ini.

“Lahir-lahir dah cacat. Hi korang, nama aku Syaa. Aku dilahirkan dalam keadaan kaki yang senget dan jari tak berapa nak ada, kontot-kontot, pendek-pendek.

“Orang kata tangan aku ni ada masalah amniotic band syndrome, tapi bila aku jumpa doktor, tak ada pun doktor sebut benda tu,” katanya menerusi video yang dimuat naik olehnya.

Bagaimanapun, gadis itu yang lebih mesra dikenali sebagai Syaa menyatakan bahawa dia tidak pernah terkesan dengan kekurangan itu dan menjalani kehidupan yang normal.

“Sejak lahir dah macam ni. Kaki kanan saya senget. Satu jari saya terpaksa dibuang masa kecil dulu sebab saiznya tak normal.

“Walaupun lahir keadaan macam ni, saya jalani hidup normal. Boleh lari-lari, melompat. Saya juga sertai sukan macam lompat tinggi dan kawad. Tiada kekangan,” jelasnya.

Dikatakan, Syaa tidak pernah berkecil hati walaupun menerima pandangan serong dan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.

“Kalau orang ejek atau cakap apa-apa, benda tu dah saya anggap sebagai normal dalam hidup saya. Sejak kecil saya dah terbiasa dengan orang yang bergurau kasar.

“Contohnya waktu sekolah rendah, saya minta ayah belanja cincin, Kemudian ayah cakap, kamu ada jari ke nak pakai? Saya dah terbiasa gurauan macam ni sejak kecil. Jadi tiada masalah kalau diejek.

“Biasanya budak-budak kecil takut tengok tangan saya. Tapi saya tak terasa hati. Dah mental diajar supaya tak terasa, kita dengan keluarga dah terbiasa,” terang Syaa.

Dalam pada itu, Syaa sempat menceritakan bahawa dia sewaktu kecil telah diserahkan kepada ibu saudaranya akan tetapi dia tidak pernah terputus hubungan dengan keluarga kandungnya.


“Saya duduk dengan makcik sejak lahir. Makcik saya tiada anak. Dah buat perjanjian bahawa saya akan diberikan kepada makcik selepas dilahirkan.

“Masa lahir, mak tak boleh nak bagi sebab saya ada kekurangan. Tapi makcik tetap nak juga, dia boleh terima kekurangan saya. Sebabnya dia dah tunggu sejak saya dalam kandungan lagi.

“Tapi saya masih berhubungan dengan keluarga kandung. Masih contact dan jumpa dengan mereka semua,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Syaa sempat meluahkan rasa gembira apabila menerima pelbagai respons positif mengenai video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok itu.

“Ramai yang berikan sokongan di TikTok. Saya rasa gembira dengan reaksi positif ini. Sebab biasanya dekat luar orang akan pandang saya pelik dari atas ke bawah. Di TikTok ramai yang positif,” katanya.

Video TikTok yang tular:

@syaaalliii_ hihi check bio and follow tiktok second syaa #dbannedtroops #syaaaliii #ainaabeautyofficial #kelasikkosmetik #fypシ ♬ Sempurna – Andra & The Backbone

Continue Reading
Advertisement