Connect with us

Selebriti

“Jeans tu ketat & blouse kamu paras peha…” Bapa Mira Filzah Tegur Pakaiannya Tak Sesuai

Pelakon cantik manis, Mira Filzah yang baru saja mendirikan rumah tangga telah mendedahkan bapanya, Badioezaman Abdul Khalik seorang lelaki yang unik.

Ini kerana menurut Mira, bapanya merupakan seorang yang tidak banyak bercakap tetapi mempunyai cara tersendiri meluahkan rasa sayang kepada anaknya.

Bersempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56, Mira meluahkan ucapan istimewa buat bapanya tercinta.

Menerusi muatnaik di laman Instagram, Mira berkongsi luahan tersebut beserta tangkap layar whatsapp dari ayahnya.

“Abah merupakan seorang lelaki yang unik. Dia tidak banyak bercakap tetapi dia mempunyaic ara meluahkan rasa cinta dan sayangnya.

“Terima kasih untuk semua kasih dan sayang sejak 2 April 1993. Saya sayang kamu. Kamu tiada galang gantinya.

“Selamat hari jadi ke-56 cinta pertama! Moga Allah sentiasa melindungi kamu, setiap saat, setiap minit, setiap jam sehari,” katanya.

Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik fotonya bersama bapa, ibu dan adiknya.

Dalam entri yang sama Mira turut memuat naik paparan skrin menunjukkan perbualannya bersama bapa di aplikasi Whatssapp.

Menerusi perbualan itu, bapanya menegur pakaiannya yang dirasakan kurang sesuai untuk khalayak.

“Jeans tu ketat dan blouse kamu paras peha. Kalau baju paras lutut tak nampak teruk sangat.

“Di masa hadapan jika ia akan dipaparkan di media, cuba elak pakai begitu.

“Mungkin kerana dia terlau berkilat dan sekaligus nampak jelas bentuknya,” tegur bapanya.

Pun begitu, Mira terima teguran itu dengan baik dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian.

 

View this post on Instagram

 

N O N A. One of my fav looks 💚 @rozlanassir #throwback

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Terdahulu, Mira Filzah baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September lalu.

Mereka kemudiannya meluangkan masa berbulan madu di Pulau Langkawi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.