Connect with us

Viral

Jemput ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ Sebagai Motivasi Pelajar, Tindakan Sekolah Cetus Pertikaian Ramai

Rasanya tidak perlu lagi dikenalkan siapa Haqiem Stopa ini dek kerana pelbagai isu yang timbul mengenai pemuda tersebut.

Terdahulu dia menjadi bualan ramai apabila Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengangkat dia sebagai ikon permotoran anak muda sehingga mencetuskan kemarahan warga permotoran negara.


“Betulkah Haqiem ni layak. Lihat saja imej nya, rem di tempat awam, bergaduh, lumba haram, imej pakaian itu sudah cukup. Ini ke belia muda yang harus dijadikan ikutan.” Ujar Affendi yang pernah muncul juara di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC)

Terbaru, dia sekali lagi menjadi sebutan apabila Haqiem dijemput ke sebuah sekolah untuk memberi sedikir motivasi kepada pelajar untuk jelajah ‘Cerita Orang Gagal’.

Menerusi video tersebut, dia dilihat telah disambut dengan meriah bahkan ramai anak muda ingin bergambar dengannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan tindakan sekolah tersebut yang menjemput pemuda berperwatakan ‘mat rempit’ untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Malah umum mengetahui perkataan ‘mat rempit’ itu sendiri sudah memberikan gambaran yang kurang baik kepada masyarat sejak dahulu lagi.

Bagi netizen, lebih ramai yang sesuai untuk dijadikan ‘role model’ atau memberikan motivasi kepada pelajar sekolah.

Antara komen warga maya:

“dia role model sebagai apa ya kalau nak ajak untuk talk?”


“apa sumbangan dia pada negara ya?”

“dia bagi talk apa eh? sparepart moto ke?”

“apa yang kau sampaikan kat bebudak tu?”

“cikgu pun macam dah tak ada orang lain nak di jemput”


Video yang tular di laman TikTok:

@haqiemstopa Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound – Haqiem_stopa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.