Seperti yang diketahui umum, seluruh dunia kini sedang bertungkus lumus menentang wabak Covid-19.
Peratusan korban terus meningkat hari demi hari. Eropah mencatatkan korban yang tinggi ekoran wabak Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.
Takut dijangkiti, penduduk kampung tolak kebumi korban Covid-19
Malaysia turut mencatatkan kematian setiap hari. Namun begitu, jumlah korban setiap hari semakin berkurang hari demi hari.
Lain pula halnya dengan Indonesia, pelbagai kisah dikongsikan apabila ramai penduduk kampung menolak korban Covid-19 ini untuk dikebumikan di kampung mereka.
Hanya kerana kurang pengetahuan, ramai penduduk kampung di Indonesia telah menolak korban pesakit-pesakit Covid-19 kerana bimbang diri mereka dijangkiti.
Korban Covid-19 dimuliakan di Madinah
Sementara itu, menerusi laman Twitter, seorang pengguna berkongsi bagaimana orang Madinah menguruskan mayat pesakit Covid-19 di sana.
Jika dilihat, orang-orang yang meninggal di Madinah kerana wabak ini telah dimuliakan, bukan saja dorang diurus seperti selayaknya mayat orang Islam dikebumikan, mayat-mayat ini juga turut dimakamkan di pemakamam Baqi’.
Difahamkan, perkuburan Baqi’ ini terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi dan juga merupakan tempat keluarga dan pada sahabat Rasulullah SAW dikebumikan. Allahu.
Jadikan Madinah contoh dan iktibar
Oleh itu, netizen turut meminta orang-orang di negara lain mengambil cara Madinah ini sebagai iktibar dan bukannya menganggap mayat pesakit Covid-19 ini jijik dan hanya layak dibakar.
Semoga roh pesakit-pesakit yang meninggal akibat wabak ini dicucuri rahmat dan diharap wabak ini akan berakhir tidak lama lagi.