Bermacam cara dapat kita lihat bagaimana pelajar datang ke sekolah. Ada yang dihantar penjaga, ada yang berbasikal, malah ada juga yang berjalan kaki. Demi menuntut ilmu, apa sahaja sanggup dilakukan.

Pun begitu, seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah jeti runtuh menyebabkan pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.

Menerusi video yang tular di laman Twitter, kelihatan beberapa orang dewasa, pengendali bot dan juga guru-guru terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama beg serta perkakas belajar mereka.


Sekadar info, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sudahpun dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku dan tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan serta kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib guru-guru dan pelajar yang terlibat sekaligus berharap agar perkara ini tidak berulang lagi.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman Twitter dan Facebook: