Connect with us

Semasa

“Jika dia gagal buat demikian, kita akan saman,” Wanita Ini Lapor Polis Selepas Dihina Eira Azira Dalam ‘Live’ Facebook

Beberapa hari ini, telah tular beberapa video mengenai seorang personaliti media sosial Eira Azira.

Ekoran penularan video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek mendakwa fizikalnya dihina (bodyshaming) oleh personaliti media sosial tersebut dan membuat laporan polis.

Keluarkan kata-kata kesat dan memaparkan gambarnya

Suharnizan Md Sidek, 37, yang juga Pesuruhjaya Sumpah mendakwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat.

Selain itu, turut memaparkan gambarnya berserta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.

Insiden tersebut berlaku pada 18 Ogos

Difahamkan, insiden yang berlaku pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.

“Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan”.

“Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan,” lapor Berita Harian Online.

Perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya

“Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya”.

“Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya”.

“Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB”.

Hina rupa fizikal saya hingga tular dan capai ribuan pautan

“Selain itu, ia menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit”.

“Ia memaparkan antara lain menghina rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan hari ini.

Saya mengalami gangguan emosi

Jelas Suharnizan, selain paparan tular sehingga ke YouTube, dia mendakwa terdapat juga pihak tidak dikenali cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan imejnya iaitu mewujudkan FB dan ‘Page’ palsu atas namanya.

“Saya mengalami tekanan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja”.

“Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyarankan tuntutan sivil dibuat terhadap individu itu,” katanya.

Permohonan maaf terbuka dan pampasan ganti rugi

Menurut peguamnya, Mohd Rasheed Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu.

Notis berkenaan yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

“Jika dia gagal berbuat demikian, kita akan membawa kes ini untuk tindakan saman di mahkamah,” katanya.

Mohd. Rasheed juga meminta Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat perbuatan itu kerana bodyshaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sebelum ini tular video wanita tersebut menghamburkan kata-kata kesat kepada seorang wanita yang telah menimbulkan kecaman orang awam.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua sebelum membuat sesuatu tindakan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.