Di alam perkahwinan, dah jadi lumrah jika kita sentiasa berbeza cara pemikiran dengan pasangan.
Mana mungking untuk kita sentiasa setuju dengan semua yang diucapkan oleh pasangan dan kadang-kadang hal yang kecil boleh mnyebabkan perbalhan kerana masing-masing keras kepala.
Mari kita ikuti perkongsian tips rumahtangga ini daripada Tuan Rafie Ramli Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.
__________
Semalam viral posting isteri mengenai bagaimana sy tangani sikap garang dan keras kepala isteri.
Harini saya nak buat posting mengenai apa yg suami Rasa pula.
Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak.
Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain.
. Itulah isteri saya yang dicintai.
Cuma apa yg perlu suami lakukan bila isteri seorang Garang dan keras kepala?
Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun.
Di awal perkahwinan , Isteri saya, seorang yg keras kepala. Degil dan tegas.
Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya. Tapi Bila bergaduh kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam.
Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yg terbaik. Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka.
Layankan aja….
Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yg kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka.
Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini sangat tidak relevan.
Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sgt baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah.
Sekarang, Kalau bergaduh sy masih kena mengalah , tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang.
Tapi kalau berperang sekejap aja..
Sehingga beberapa jam selepas perang, biasanya Fel akan mula tenang. Yg sy selalu perasan dia selalu solat bila marah. Dan yg buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis didalam doa.
Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pon akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.
Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf .
Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa shj yg kita rasa mampu. Mitos “perempuan merajuk sbb mahu dipujuk” itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dh seronok.
Beli ikut kemampuan.
Kenapa saya perlu mengalah? Sedangkan sy lelaki dan pemimpin?
Tak ada egokah saya ini?
Sebagai suami, sy selalu ingat segala pengorbanan yg Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yg aggresive, popular, suka shopping, trendy, gila make up.
Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yg dia dah jadi sekarang.
Kadang2 saya rasa tak boleh jadi sekuat dia klau sy berada di tempatnya.
Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yg agak terpencil, tak da kawan kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan kawan dy seadanya dlm hidup dia,sy rasa tidak layak utk sy kecewakan perasaan dia.
Sebab itu sy banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jd dia menjadi cepat marah dan tertekan.
Lama lama , bila dah biasa dgn hidup baru sy nampak dia lebih tenang .
Sekarang,
Bila dia struggle dgn selera makan dan diet dia tapi dlm masa yg sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak anak pon sy dah cukup terkesan.
Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia ?
Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak utk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit.
Allah Allah, alhamdulillah utk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik utk kami suami isteri.
Saya bukan suami yg baik, tapi sy mahu isteri yg baik. Maka sy berusaha menjadi baik. Rumahtangga itu dibina atas dasar mahu memberi yg terbaik.
Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti Menang.
ikhlas dari suami yang acah acah sweet. Hahaha!