Siti Hafizah Sheikh Mohamad, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, tampil menyatakan pandangan terhadap kontroversi yang tercetus sejak beberapa hari lalu.
Walaupun tidak menyatakan secara jelas, S Hafiza selesa bermain madah dan kata-kata di media sosial.
“Fikir-fikirkanlah dan bermuhasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalalkan cara.
“Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi terlajak kata sangat buruk padahnya.
“Bisikan syaitan sangat halus di hati dan minda manusia, hanya iman yang dapat menyelamatkan kita,” tulisnya beserta tanda pagar #EveryActionsThereWillBeConsequences dan #BerdiamItuLebihMuliaDariBerkataKata.
Kapsyen itu merujuk kepada kata-kata yang tulisnya dalam bentuk bergambar.
“Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang maka galilah aib yang ada pada dirimu sendiri.
“Karena belum tentu dirimu memiliki aib lebih sedikit dari orang tersebut,” tulisnya.
Minggu ini dunia hiburan agak kecoh apabila isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan kecurangan suaminya bersama seorang pelakon wanita, Oktavia Manrose di menerusi Instagram.
Bella berkongsi paparan skrin perbualan bersama seorang wanita yang menjadi saksi melihat Aliff dan Oktavia di sebuah kelab malam di ibukota.
Oktavia kemudiannya tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf atas ketegangan yang tercetus.
Perkara ini bukanlah kali pertama Aliff menimbulkan konflik dalam rumah tangganya.
Sebelum ini penyanyi lagu Sayang Sayang itu didakwa kantoi keluar bersama pelakon, Afifah Nasir, dua tahun lalu ketika Bella sedang berpantang.
Bagi yang tidak mengenali, Aliff Aziz merupakan pelakon dan penyanyi yang berasal dari Singapura.
Nama sebenarnya adalah Muhammad Aliff bin Aziz, lahir 16 Februari 1991 yang kini menetap di Malaysia.
Aliff Aziz juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music BMG Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun.
Malah, pada September dalam tahun yang sama, Aliff Aziz telah mencipta album pertama dengan single hebat iaitu Cinta Arjuna yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara.
Lagu single hit pertama beliau iaitu Sayang Sayang juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.