Connect with us

Viral

Berbuka Puasa Bersama Jiran Depan Rumah, Netizen Kagum Lihat Sikap Muafakat Penduduk

Rezeki itu sebenarnya hadir dengan pelbagi cara dan bukannya duit semata-mata, memperolehi kesihatan tubuh badan yang baik juga adalah rezeki malah terselamat daripada apa-apa bencana atau kemalangan juga adalah rezeki.

Sama juga dengan hidup berjiran, dapat jiran yang baik adalah satu rezeki yang tidak ternilai kerana rata-rata jiran pada masa kini hanya membuat haluan masing-masing dan terkadang kita seolah-olah tidak kenal jiran kita kerana jarang bertegur sapa.

Persis cerita yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsikan suasana dimana berbuka puasa bersama-sama jiran tetangga mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @NAAM_1234, kelihatan satu lorong di sebuah taman diletakkan tikar yang panjang untuk berkumpul bagi berbuka puasa.

Dapat kita lihat kuih muih yang disajikan buat semua jiran tetangga malah ada yang sedang sibuk bergotong royong menyediakan makanan.

Suasana tersebut bertambah meriah apabila mereka mengadakan tema makan di dalam talam malah ianya merapatkan lagi hubungan sesama jiran tetangga.

Jelasnya, jalan tersebut kurang dilewati kereta kerana tahu mereka memang sering mengadakan aktiviti bersama.

Video yang tular di laman TikTok:

@tyy9691 First Time Rasa Suasana Berbuka Macam Ni #berbukadenganjiran #jiransepakat #lorong49 #jiranyangbaikpunsaturezeki #best #fyp ♬ @doha_simamora7590soundtrack yang dibuat – ITC_dohasimamora

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 303.6K tontonan, 22.5K tanda suka, 662 komen dan 770 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang gembira melihat keakraban mereka sesama jiran tetangga yang sepakat mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama.

Malah dalam masa yang sama, para netizen tidak menafikan bahawa jiran perlu bersatu hati supaya lebih banyak program yang boleh dijalankan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“bestnya dapat jiran macam ni”

“best memang best tapi datang hujan adohh”

“tempat saya tak sempat nak bentang tikar kereta motor lalu macam jet pejuang belum lori lagi ke van lagi”


“jiran kena satu hati baru boleh macam2 program boleh buat”

“macam kawasan umah saya,, jiran2 semua baik.. bila hari raya tu meriah kat lorong kami siap karoke..”

“terbaik untuk eratkan silaturrahim sesama islam..”

“bestnya dapat jiran sporting macam ni..”

“rezeki dapat jiran macamni.. jiran aku buat tembok lagi besar dari israel-palestin”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.