Connect with us

Viral

“Jiwa Kelajuan” Mak Steady Rem Ekzos Kereta, Bawa Motor Siap ‘Tunduk’ Buat Netizen Terkejut!

Betul kata orang, anak-anak ni kalau dah meningkat usia dan menjejakki alam remaja, dia boleh menjadi kawan baik kepada ibu atau bapanya asalkan masih mempunyai rasa hormat dan sayang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan ibu kepada dua orang remaja lelaki ini masih mempunyai ‘jiwa kelajuan’ dalam dirinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @danialbliss, kelihatan ibunya berada di sebuah kereta bersama seorang lagi pemuda.

Namun apa yang membuatkan netizen terkejut adalah gaya ibunya yang seolah-olah seorang pemandu drift malah dia juga sempat ‘rem’ kereta dengan menekan pedal minyak dan mengeluarkan bunyi ekzos yang kuat seakan-akan ingin berlumba.

“pov: bila mak kau dah lambat nk gi bazar ramadan” ujar lelaki ini di ruangan kapsyen.

Lelaki yang mesra disapa danial ini jga sempat berseloroh di ruangan komen dengan mengatakan dia akan memantau gerak geri ibunya selepas kejadian tersebut.

Meninjau sebuah lagi video lain, dapat kita lihat ibunya juga merupakan seorang yang ‘pantang dicabar’ bahkan lihatlah gayanya yang memandu motor seperti anak-anak muda masa kini dengan santai memakai kain batik.

“semalam ada budak ex5 usha (tengok) mak aku pasti siap willie pon bukan lama, pastu mak aku cakap kalau nak jalan game roger-roger lah” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@danialbliss pov:bila mak kau dah lambat nk gi bazar ramadan #mak #pesanibu #sayangibu ♬ bunyi asal – Danial

@danialbliss mak aku pesan bawak moto jangan laju2#mak#ibu #pesanibu ♬ original sound – Pakcikex5

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7M tontonan, 205.3K tanda suka, 4029 komen dan 5229 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat maknya yang masih berjiwa muda dan sporting melayan anak-anaknya.

Antara komen warga maya:

“aku tak berhenti gelakkk.. ranggi mak kau bang..”

“melawan hukum mak mak”


“bukan biasa2 mak dia.. nak set berapa kilo ni”

“risau aku.. another level”

“amboi makcik.. dengan kain batik pon onz”

“selepas ini saya akan sentiasa memantau pergerakan mak saya”

“mak aiii main spinn.. paling limited”

“ni baru depan rumah kalau highway tak tahu la..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.