Connect with us

Viral

Jiwa Tersentuh Lihat Kanak2 Menjual Di Kaki Lima, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini diberikan dugaan untuk menempuh hidup. Namun begitu, yakinlah setiap ujian itu ada hikmahnya yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Berat mata memandang, lebih berat mata memikul, itulah pepatah yang sesuai digandingkan dengan kisah kali ini.

Melalui video TikTok yang tular baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan kisah dia menemui seorang kanak-kanak lelaki yang menjual buah pisang bersendirian di kaki lima.

Difahamkan, lelaki tersebut berasa tersentuh apabila melihat dan memerhati gerak geri kanak-kanak lelaki tersebut.

“Tengah buat rondaan ada satu momen yang mencuit hati kami. Budak kecil dengan jualan pisangnya di kaki lima. Lama diperhatikan memang tak banyak yang singgah membeli pisang yang dijual.

“Kasihan juga tapi yang bagusnya dia punya sikap dan tingkah laku yang sopan. Tidak memaksa orang membeli jualannya dan dia pandai hiburkan diri sendiri untuk hilangkan kebosanan,” tulisnya menerusi video yang telah dimuat naik olehnya itu.

Dikatakan kanak-kanak lelaki berkenaan hanya mengambil upah sahaja menjual buah pisang itu, bukan menjual atas jualannya sendiri.

Kanak-kanak lelaki itu juga difahamkan menerima upah sebanyak RM30 untuk sekali jualan.

“Kalau tak habis macam mana?”, soal lelaki tersebut.

“Ada juga bang yang beli. Hehehe”, jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Ya la, budak baik macam kamu mesti ramai yang mahu beli,” kata lelaki itu lagi.

Setelah itu, lelaki tersebut pun menghulurkan sedikit bantuan berupa keperluan barang dapur seperti minyak masak, mi segera dan juga keperluan bakul makanan yang lain.

“Dia tak sekolah. Okay abang faham, juga tapi tidak apa dik janji kamu jadi budak baik.

Semangat terus dik, kamu telah menginspirasikan orang di luar sana” luah dirinya yang berasa terkesan dengan kisahnya berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki yang menjual pisang di kaki lima.

Sekadar info ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 10.3k tontonan, 752 suka, 91 komen dan 39 perkongsian.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana membantu insan yang berada dalam kesusahan.

Ada juga warganet yang mendoakan agar adik itu sentiasa kuat dalam mengharungi cabaran dan semoga dipermudahkan segala urusan kanak-kanak tersebut.

Antara komen netizen:

“semoga awak di murahkan rezeki…Aamiin..”


“semoga bng diperluaskan rezeki share rezeki.adek satu hari akan berjaya.kecik lagi dah brniaga.manis adek.teruskan kuat ya syg.drpd aciknur”

Video yang tular:

@saharuddinamirullah Besar nanti dia akan menjadi harapan buat keluarganya. Semangat terus dik, kamu sudah menginspirasikan orang di luar sana. #kehidupan #jomjadiorangbaik #rasapeduli #tivitbae #hidupmemberimakna ♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher

Continue Reading
Advertisement