Connect with us

Viral

“Jodoh depan mata,” Terjumpa 2 Gadis Pakai Baju Sama, Lelaki & Rakan Excited Jadi Perhatian Netizen

Tidak dinafikan, mesti ada dikalangan kita yang pernah berdepan dengan situasi dimana terserempak dengan orang yang memakai baju yang sama.

Mungkin kerana lepas PKP ramai yang sudah mula keluar berjalan-jalan dan dalam tempoh sebelum ini ramai membeli-belah dalam talian.

Jadi kemungkinan untuk terserempak dengan orang pakai baju sama agak tinggi.

Tidak dinafikan, mmang muncul perasaan malu dek kerana dah nampak macam kembar bila terserempak dengan individu yang memakai baju sama.

Bagaimana pun, kisah kali ini bukan melibatkan dua orang individu yang memakai baju sama malah 4 orang!

Perkara yang jarang terjadi ini mengundang dekah ramai apabila dua orang lelaki dan dua orang perempuan ini seolah-olah sedang ‘double date’ akan tetapi mereka saling tidak mengenali antar satu sama lain.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @juzalpokat, kelihatan mereka sedang berjalan-jalan di dalam sebuah pusat membeli belah.

Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila dia terserempak dengan dua orang perepuan yang memakai baju yang sama dengan lelaki ini dan rakannya. Bukan sahaja sama malah warna yang dipakai juga betul-betul tona warna yang sama.

Tidak terhenti di situ, malah keempat-empat mereka turut memakai seluar yang berwarna sama iaitu hitam.

Lelaki itu juga turut dilihat cuba menahan ketawanya sambil menggeleng kepala melihat apa yang terjadi bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@juzalpokat♬ suara asli – Acmd🥀 – One Voice

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak menyangka keempat-empat mereka ini bukanlah pasangan kekasih.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berseloroh mengatakan mengusik mungkin ini adalah petanda jodoh mereka yang sudah jelas berada di depan mata.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Jodoh depan mata dah tu. Tak payah susah-susah cari yang jauh.”

“Hahaha weh boleh pulak serupa dedua.”

“Tinggal tukar posisi dah tu dan jadilah double date.”


“Tunggu apa lagi? Depan mata dah tu.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.