Setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini memiliki jalan cerita tersendiri bahkan berbeza-beza. Ada yang dilahirkan sempurna, ada juga yang diuji dengan kekurangan.
Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang berada namun ada juga yang dilahirkan sebaliknya. Pun begitu, walau apa jua keadaan, percaya lah bahawa kita tidak akan diuji di luar kemampuan kita.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sebak melihat seorang warga emas di tepi jalan raya sedang menjual minuman Milo kotak mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @b.fastoree2, wanita itu dan rakan-rakannya melihat seorang mak cik yang kepenatan sehingga tertidur di tepi jalan raya.
Setelah lama bersembang dan bertanya khabar, makcik tersebut menceritakan penat lelahnya mencari rezeki setelah kehilangan suami tercinta.
Dapat kita lihat, makcik tersebut menceritakan tentang arwah suaminya dalam keadaan sebak kerana terlalu rindukan peneman hidupnya itu.
Lebih menyayat hati, dia terpaksa berjalan kaki pada setiap hari untun menjual di kawasan tersebut demi kelangsungan hidup.
Sedih melihat keadaan makcik tersebut, wanita ini menempah sebuah kereta melalui aplikasi Grab bagi menghantarnya pulang.
Namun, siapa sangka rupa-rupanya perjalanan ke rumah makcik tersebut sangat jauh malah wanita ini dan rakan-rakannya hairan bagaimanakah makcik ini mendapat kekuatan untuk berjalan sejauh itu.
Situasi bertambah sayu apabila ada beberapa hari di mana dia juga terpaksa patah balik ke rumah untuk menunaikan solat dan pulang semula untuk menjual air kotak Milo di jalan raya itu.
“dia terlelap tu je dah cukup buat aq sebak,rumah jauh lg pstu boleh patah balik utk solat lg,limpahkn rezekinya ya Allah..”
“Ya Allah turunkanlah rezeki untuk makcik ni 😭 datangkanlah seseorang yang boleh bantu dia 😭😭”
Video yang tular di laman TikTok: