Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling terindah buat setiap insan dimana kita tidak perlu untuk memikirkan banyak perkara dan hanya bersuka ria bersama rakan-rakan yang lain.
Pun begitu, tidak semua orang dalam dunia ni terlahir dalam keluarga yang senang malah ada juga yang daripada kecil perlu usaha sendiri bagi mendapatkan apa yang mereka mahu.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana budak lelaki ini terpaksa membantu ibunya menjual kerepek sehingga tertidur di kaki 5 starbucks, limbongan, Melaka.
“Allahu sayu bila lihat adik ni jual kerepek sehingga tertidur di kaki 5 starbucks, limbongan. Semoga adik dimurahkan rezeki selalu” ujarnya
Dia juga sempat merakamkan detik anak kecil ini yang menangis sebak apabila didekati. Dek kerana rakaman tersebut, netizen mula bertanyakan kepada lelaki ini tentang budak itu kerana ingin membantu apa yang termampu bagi meringankan beban mereka sekeluarga.
Lelaki yang mesra disapa Niel ini bagaimana pun membuka ruang untuk para netizen menyalurkan sumbangan di accountnya untuk diberikan kepada budak lelaki tersebut.
Siapa sangka, Niel berjaya mengumpul RM1220 dan ianya serba sedikit mampu memberikan cahaya kepada keluarga ini.
Difahamkan keluarga ini berhijrah dari Johor ke Melaka untuk berniaga dan budak lelaki yang dikenali sebagai adik Acap ini mempunyai 6 orang adik beradik.
Video yang tular di laman TikTok:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat adik Acap yang terpaksa mengorbankan zaman kanak-kanaknya demi mencari sumber pendapatan buat keluarga.
“Seusia yang sepatutnye dia tak perlu pikir masalah hidup tapi keadaan memaksa utk adik ni matang awal dari yg sepatutnye”- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan Niel kerana membantu adik Acap dan menyampaikan sumbangan netizen kepadanya.
Antara komen warga maya:
“aku ingat aku je dh susah rupanya ada yang lagi susah..”
“sedangkan budak2 lain seronok main game atas katil dalam aircond.. dia pula penat cari rezeki..”
“dia bak weh peramah.. pernah hulur kat dia sikit, tapi dia punya berdoa kat kita tu kita yang sebak”