Dek ekonomi yang semakin mencabar, kebanyakan harga barangan pun semakin meningkat.
Tidak kiralah sama ada peralatan rumah, bahan memasak ataupun makanan yang dijual oleh para peniaga, turut terkesan sama dengan kos sara hidup yang semakin meninggi tahun demi tahun.
Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan seorang peniaga wanita ini yang menjual kek dengan harga RM 1 sahaja telah membuatkan orang ramai terkejut dan berebut untuk membelinya.
Seperti yang kita sedia maklum, tiada kek yang berharga RM 1 dan kebiasaannya harga yang diletakkan RM 5 ke atas bergantung pada ‘portion’ kek tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @afizahbakery.sp itu, tuan kedai mendapat pujian daripada orang ramai kerana menjual kek yang dibuatnya itu dengan harga yang sangat murah.
Katanya, sampaikan tidak sempat nak susun kek terus dah ramai mahu serbu gerainya.
Difahamkan, sebanyak 1,500 kek habis dijual walaupun gerainya hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
‘Of course’ habis cepat! Siapa sahaja yang tak mahu kek harga RM 1 bukan? Boleh borong macam-macam perisa!
Sudah pasti pemilik gerai kek ini bijak mengatur wang dan strategi untuk mempromosikan keknya itu agar terjual habis bak ‘goreng pisang panas’.
Warga netizen juga suka membeli dan meninggalkan ‘review’ makanan viral, secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pembeli untuk datang ke gerainya.
Barangkali, trend ini akan diikuti oleh para peniaga lain seperti ‘trend Menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan yang menawarkan harga murah dan mampu milik bagi sesiapa sahaja.
Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.
Apabila melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya bertanyakan lokasi gerai kek tersebut.
Malah, ada juga yang kecewa kerana gerai itu berada jauh dengan kawasan mereka.
Antara komen netizen:
“wlpun rm1 , kalau aku beli dah jadi puluh ringgit . jenis nak rasa semua 😂😂😂😂”
“meh lah merantau kak. jauh sngat tu 😅”
“jauh betul ni kak, sini la dekat sikit aaa 😭”
Video TikTok yang tular: