Connect with us

Viral

“Jujurnya saya sedih dan kecewa..” Luah Veveonah Berkenaan Tuduhan Palsu Timbalan Menteri

YouTuber yang pernah tular sebelum ini, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan Timbalan Menteri mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah palsu.

Veveonah meluahkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian terbaru di laman Facebooknya.

Menurut Veveonah, dia agak sedih kerana telah sedaya upaya berusaha untuk menjawab peperiksaan secara atas talian ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

“Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik.

“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan.

Tambah Veveonah, dia juga tidak menyimpan dendam kepada orang ramai yang selama ini memberi komen berbaur penghinaan.

“Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri.

“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Veveonah terus cekal untuk berkongsi video menarik di YouTube.

“Honestly, I felt really sad and disappointed with this. I really work hard for my online examination for the last few months.

“And I never expected to go viral too. This time, I’m viral again, but with some bad effects. I don’t know how to deal with negative&bad comments on social media. It hurts.

“I do forgive all the mistakes people did to me, but still I need to make this fair statement of myself.Thanks to all that still rooting for me and supporting me. (Family, friends, lecturers and fans).”

Untuk rekod, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube, Jun lalu.

Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan disebabkan capaian internet yang lemah.

Namun begitu, tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa video tersebut adalah palsu.

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

Video kenyataan Timbalan Menteri

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah mengeluarkan kenyataan terbaru berkenaan isu ini.

“Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

“Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

“Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.”

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.