Ketika menaiki pesawat, antara kejadian yang paling digeruni penumpang termasuklah kapten dan anak-anak kapal ialah jika pesawat terhempas.
Selain itu, situasi di mana juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan turut menimbulkan rasa gusar para penumpang.
Menurut sumber media Indonesia, Detik, seorang juruterbang dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Juanda.
Juruterbang yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Makassar itu dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja melakukan pendaratan kecemasan.
Terdahulu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh sakit ketika baru memulakan tugas.
Menurut laporan rasmi dari Citilink, pesawat dengan nombor penerbangan QG 307 itu berlepas pada Khamis, 21 Julai 2022 pada pukul 6.00.
Bagaimanapun, menjelang 15 minit di udara, pesawat kembali mendarat di Bandara Juanda kerana kesihatan juruterbang yang terjejas secara tiba-tiba.
Selepas melakukan pendaratan cemas, juruterbang itu diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan (KKP).
KKP Kelas 1 Surabaya kemudian melakukan pemeriksaan kesihatan rutin ke atas juruterbang berkenaan.
Setelah pemeriksaan dibuat, pegawai perubatan mendapati tiada denyutan nadi dari juruterbang itu.
Kata Pemangku Ketua KKP Kelas 1 Surabaya, Dr Acub Zainal, sebelum juruterbang Citilink itu meninggal dunia, dia sempat dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menentukan punca kematian juruterbang berkenaan.
Video yang tular di laman Instagram