Connect with us

Selebriti

“Kacau family aku, kau siapa si*l?” Dakwa Stacy Cemburu, Akim ‘Sekolahkan’ Influencer Vietnam

Semalam telah tular di laman Twitter mengenai satu dakwaan seorang influencer Vietnam dikenali sebagai Jade.

Influencer Vietnam ini berasa kesal apabila babak melibatkan dirinya di dalam sebuah video muzik dipotong gara-gara sikap cemburu isteri vokalis terlibat.

Tweet berkenaan didakwa ditujukan kepada Akim dan Stacy

Walaupun Jade tidak menyatakan nama vokalis dan isterinya, namun warga Twitter mengaitkan bebenang ditulis model kacukan Jerman – Vietnam itu ditujukan kepada Akim dan Stacy.

Menurut Jade yang juga seorang model itu berkata, dia terkejut apabila pihak produksi memberitahu semua babak melibat dirinya terpaksa dibuang.

Isteri kepada vokalis itu tidak menyukainya

Ini kerana ada dakwaan menyatakan babak isteri kepada vokalis tersebut tidak menyukainya.

Malah bebenang tersebut telah menarik perhatian Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret dan bertindak membalasnya.

Siapa yang kecewa sangat ni?

“Pandai eh dik? Siapa yang kecewa sangat ni?,” tulisnya.

Difahamkan, Akim turut membuat penjelasan di akaun peribadi Twitternya mengenai dakwaan yang dibuat Jade.

Jelas Akim, lagu Rampas didedikasikan khas buat allahyarham ibunya dan berasakan muzik video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan.

Rampas tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang

“Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan”.

“Jadi aku ambik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua”.

Aku masih berpegang pada adat dan budaya timur 

“Termasuk keluarga aku anak-anak aku, cikgu aku, kawan ayah aku, kawan ibu aku, kawan-kawan aku, sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur aku, sebab aku, Anak Ahmad”.

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni”.

Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga

“Apa pulak pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku? Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga,” jelas Akim.

Selain itu, Akim turut mengakui jalan cerita untuk muzik video tersebut memang sudah diberitahu sebelum penggambaran.

Rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu

Akan tetapi selepas diedit penyanyi ini mendapati jalan cerita tidak sesuai dengan maksud lagu.

“Iye betul, tapi jalan cerita MV tu yang diberitahu masa hari penggambaran MV tu. Jadi bila dah edit, rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu”.

Aku mintaklah keluarkan scene yang tak kena

“Jadi aku mintaklah untuk keluarkan scene-scene yang tak kena,” tulis Akim menjawab pertanyaan seorang warga Twitter.

Dalam pada itu Akim turut berang kerana kontroversi ini berlaku pada hari ulang tahun perkahwinannya.
Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa sial?”, tulisnya berang.

Ujar Akim lagi, jalan cerita muzik video Rampas juga sudah dibincang tetapi kononnya atas nama ‘seni’ idea yang dirasakan kurang sesuai itu tetap diteruskan pihak tertentu (tidak dinyatakan).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat penyanyi tersebut. Semoga salah faham yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.