Connect with us

Viral

“Kad kuning sudah cukup” Aksi Faisal ‘Menganjing’ Samassa, MFL Respons Desakan Potong 3 Mata TFC

Sukan Bola Sepak adalah sukan yang paling digemari ramai malah ianya sangat famous di serata dunia. Lihat sahajalah penyokongnya, memang penuh stadium jika ada perlawanan yang berlangsung.

Sama juga seperti perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini menyaksikan TFC, sebagai tuan rumah mengutip tiga mata berharga apabila menang 2-1.

Pun begitu, dalam kemeriahan tersebut kecoh insiden dimana pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Muhammad Faisal Halim ‘menganjing’ penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa nampaknya semakin hangat diperkatakan.

Memetik laporan Majoriti, Dalam aksi Liga Super pada Ahad, insiden penalti antara Faisal dan Samassa mencuri tumpuan penyokong, selepas Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey mengajuk kembali tindakan penjaga gol import itu yang gagal menyelamatkan sepakan penalti berkenaan.

Situasi itu membangkitkan kemarahan Samassa yang bertindak mengejar pemain skuad kebangsaan itu, namun sempat ditahan oleh beberapa pemain TFC dan pengadil perlawanan.

Sebelum itu, Samassa berjaya menyelamatkan sepakan penalti Faisal tetapi pengadil garisan mendapati penjaga gol kebangsaan Mali itu keluar dari posisinya lebih awal, sehingga memaksa sepakan penalti diambil semula.


Gara-gara kurang semangat kesukanan yang dipamerkan Faisal dalam perlawanan itu, ada segelintir penyokong mahu kemenangan TFC dibatalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, sebarang tindakan disiplin sama ada ke atas pemain atau pasukan terbabit adalah bergantung kepada bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Katanya, MFL pula berpendapat bahawa tindakan pengadil yang melayangkan kad kuning terhadap Faisal sudah mencukupi.

“Apa yang berlaku kita telah lihat dan tindakan telah diambil oleh pengadil. Itu yang boleh saya katakan pada masa ini,” katanya

Sebagai pengendali Liga Malaysia (Liga M), beliau juga enggan membuat sebarang komen peribadi mengenai seseorang atau pasukan.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menyifatkan tindakan membuat provokasi termasuk mengejek dan meludah pemain lain, sememangnya satu kesalahan dari segi tatatertib.

“Pastinya suatu kesalahan dan boleh dibicarakan di dalam Lembaga Disiplin FAM,” katanya ringkas.

Video tular di laman facebook:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.