Connect with us

Semasa

Kahwini Dua Kekasih Serentak, Kedua-duanya Adalah Sepupu dan Rela Bermadu

Seorang lelaki dari Lombok, Indonesia nekad mengahwini dua kekasihnya sekaligus yang juga mempunyai hubungan sebagai sepupu.

Tindakan berani bernama Saepul Bahri itu telah membuatkan keluarganya bimbang serta menangis kerana khuatir bahawa kedua-dua gadis tersebut akan bertengkar sewaktu bersanding.

Menerusi laporan Tribunnews, kedua-dua pengantin perempuan tersebut merupakan sepupu dan tinggal di Lombok Barat.

Manakala Saepul Bahri pula adalah penduduk dari Dusun Bakong Dasan, Desa Lembah, Daerah Lembaran, Lombok Barat.

 

View this post on Instagram

 

Wajah Saepul Bahri semringah. Senyumnya lebar. Secangkir kopi menemani duduknya bersila kala Lombok Post datang ke kediamannya di Dusun Bakong Dasan, Desa Lembar Kecamatan Lembar. . Di sampingnya ada salah satu istrinya, Mustiawati. “Kalau Hairani di sebelah, masih mencuci piring,” kata Saepul, ramah. . Saepul dan dua istrinya memang baru selesai sarapan. Bertiga. Mereka tetap akur dalam kasih sayang satu lelaki. . Dua hari terakhir, nama Saepul jadi perbincangan di media sosial. Menyusul foto dan video pernikahannya dengan dua istrinya beredar luas. Di tengah situasi mencekam akibat wabah Korona, Saepul bergeming. Justru ia sedang bahagia-bahagianya menaklukkan hati dua wanita. . Akhirnya Banyak yang kagum dengan pria 28 tahun ini. Lantaran ia bisa mempersunting dua perempuan sekaligus, tanpa ada masalah serius. “Dua-duanya ikhlas. Silakan tanya mereka langsung,” ucapnya tersipu malu. . Saepul mengaku menikahi istrinya Mustiawati dan Hariani setelah pacaran tiga bulan. Pacarannya pun tak langsung mendatangi keduanya ke rumahnya. Saepul memikat mereka dengan rayuan maut lewat sambungan telepon. “Nggak midang (ngapel, Red). Hanya lewat telepon saja pacarannya,” bebernya. . Saepul Bahri diketahui baru pulang dari Malaysia enam bulan lalu. Di negeri jiran, ia mencari rezeki sekitar sembilan tahun. Modal untuk membangun rumah dan biaya nikah. Niatnya kesampaian. Bahkan dapat bonus sekaligus. . “Saya tidak pernah ada rencana menikah dengan dua orang. Tapi saya suka dua-duanya. Makanya terjadi begitu saja,” ucapnya polos. Saepul mengaku awalnya ia memacari Mustiawati yang tak lain adalah sepupu Hariani. Namun seiring waktu, ia juga menaruh rasa pada Hariani. “Keduanya pendiam dan pemalu,” cetus Epol, sapaannya. . Kecantikan keduanya membuat Ipul terpikat. “Saya nggak peduli mereka ada hubungan keluarga, cuma saya memang suka dua-duanya,” bebernya. . Artikel : lombokpost

A post shared by Makassar Info (@makasar_info) on

Kisah unik Saepul Bahri ini telah menjadi tular di media sosial.

Dalam foto yang berlegar di media sosial, Saepul Bahri kelihatan memegang tangan dua wanita itu untuk dibawa ke meja akad nikah.

Salah seorang pengantin wanita itu memakai gaun berwarna kuning emas manakala seorang lagi mengenakan gaun berwarna putih.

Kedua-dua pengantin perempuan itu bernama Mustiawati dan Hariani, dan mereka adalah sepupu. Malahan, rumah mereka juga terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Perkahwinan mereka ini telah membuatkan keluarga mereka berasa bimbang dan menangis kerana keluarganya khuatir bahawa kedua-dua mempelai wanita itu akan bertengkar sehingga menyebabkan majlis tersebut rosak.

Pun begitu, kebimbangan itu ternyata tidak pernah terjadi sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Bahkan, kedua-dua pengantin wanita itu benar-benar akur dan ikhlas menerima keputusan Saepul untuk menikahi mereka berdua secara serentak.

Difahamkan bahawa Mustiawati dan Hariani mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Menurut Saepul, pada awalnya dia mula bercinta dengan Mustiawati yang tidak lain tidak bukan merupakan sepupu kepada Hariani.

Namun lama-kelamaan, Saepul Bahari telah menaruh hati pada Hariani.


Saepul Bahri mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka mahu dimadukan kerana Mustiawati dan Hariani itu mempunyai hubungan yang sangat rapat antara satu dengan lain.

“Setahu saya, mereka berdua mengaku ikhlas dimadukan. Membina rumah tangga secara bertiga,” katanya.

Saepul Bahri difahamkan baru pulang dari Malaysia enam bulan yang lalu.

Dia telah berhijrah ke Malaysia selama sembilan tahun untuk mengumpul duit bagi membina rumah dan mengumpul duit untuk majlis perkahwinannya.

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan dua orang sekaligus. Tetapi saya suka kedua-duanya. Dan tidak disangka ianya boleh terjadi,” ujarnya.

“Kedua-duanya pendiam dan pemalu,” kata Saepul Bahri.

Kecantikan mereka berdua telah membuatkan Saepul jatuh hati dengan mereka.

“Saya tidak kisah jika mereka berdua mempunyai hubungan keluarga sekalipun, ini kerana saya ikhlas menyukai mereka berdua,” kata Saepul Bahri.

Menariknya, perkahwinan mereka seolah-olah dipermudahkan. Saepul Bahri difahamkan tidak banyak membelanjakan wang untuk majlis perkahwinannya itu.

Dia hanya membelanjakan sebanyak 2 Juta Rupiah sahaja untuk mas kahwin bagi kedua-dua calon isterinya itu. Ini bermakna, secara keseluruhan, dia hanya membelanjakan duit sebanyak 4 Juta Rupiah sahaja.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.